20110609

Demi Masa.




Seluas permukaan ini aku mencari. Walau keringat ini tidak terhapus dek kain yang melitupi dan ketika nafasku lelah untuk meniti setiap langkah, aku masih tetap akan mencari.


Cinta dan airmata tiada dapat dipisahkan.
Cinta dan senyumanmu tiada dapat aku hapuskan.
Cinta dan renunganmu, sepanjang riwayat aku abadikan.
Cinta dan kesetiaan, biarkanlah seketika aku bersendirian.


Kerana setiap jiwa ada pasangannya, mengikut ketentuan.


Heh.

19 comments:

MR said...

i'm in love with your words. keep writing :)

pidosan said...

Thank you.

25 said...

:_)

pidosan said...

kenapa guna 25?

25 said...

Supaya tak perlu guna nama sebenar?

pidosan said...

ada sebab tertentu untuk menjadi misteri?

25 said...

Mungkin tak berani menunjukkan diri. :)

pidosan said...

sekali sekala apa salahnya cuba jadi berani.

25 said...

Berarti, sekali-sekala juga boleh bersembunyi.

pidosan said...

mula-mula tadi dah bersembunyi, ini masa utk berani munculkan diri pula.

25 said...

Kamu sudah makan malam?

pidosan said...

belum. kamu?

25 said...

Sudah. Kenapa tidak makan? Nanti kamu sakit. Makan ya?

pidosan said...

awal lagi rasanya untuk makan.

25 said...

Masih kerja jam segini?

pidosan said...

dah habis kerja. sedang bekukan diri.

25 said...

Membatu sendiri di rumah?

pidosan said...

tepat.

25 said...

Baiklah, sampai nanti. Selamat beristirehat. xx

eXTReMe Tracker