Semalam, untuk sekian lamanya, aku dapat tidur lena. Caranya adalah mudah, cuma sebelum ini, aku yang agak kurang 'menawarkan diri' untuk mengaplikasikannya. Namun, setelah melihat apa yang 'cara' tersebut berjaya lakukan terhadap aku, jelas kini, aku patut mencubanya.
Tadi aku melawat beberapa blog, dan aku merasakan kebanyakkan penulis blog mempunyai masalah dan situasi yg sama seperti aku, cuma dalam bentuk yang berbeza. Ada sesetengah penulis blog berpendapat, dengan menulis blog, mereka mampu menyelesaikan masalah tersebut, atau lebih cliché, meluahkan permasalahan itu. Pendapat aku, menulis blog hanyalah salah satu cara mendokumentasikan kehidupan, tidak lebih dari itu. Walaupun ia mampu membantu dalam menyelesai/mencurah permasalahan, tapi hanya untuk tempoh yang singkat.
Semalam, 'cara' yang aku maksudkan itu, adalah dengan berborak/meluangkan masa bersama rakan-rakan (mereka adalah bekas rakan serumah). Aku menghabiskan malam aku, berbual kosong yang kadang-kala diselitkan dengan cerita-cerita serius(akan berakhir dengan lawak sinikal). Sudah lama aku tidak berborak, ermm mungkin disebabkan aku tinggal bersendirian dirumah sewa ini, dan mungkin juga disebabkan aku semakin kurang keyakinan untuk berbual. Sejak akhir-akhir ini, aku lebih selesa mendiamkan diri dan berfungsi sebagai pendengar kepada sesuatu topik perbualan(sekiranya aku berjumpa rakan-rakan). Ianya amat selesa, kerana aku hanya perlu menjadi pemerhati dan menjadi penyokong pada masa yang diperlukan oleh sesuatu pihak.
Dengan mendengar perbualan, pada masa yang sama, aku dapat membuat aktiviti lain seperti berfikir/merumus (bukan termenung sambil mengeluh) tentang hidup aku. Topik yang dibualkan, sebolehnya aku akan kaitkan dengan hidup aku, dan cuba mencari sudut yang terbaik untuk dilihat. Kadangkala keputusan proses ini berpihak kepada aku, kadangkala ia memusuhi aku. Ianya normal.
Tetapi
Disebabkan aktiviti aku sebagai pendengar ini jua lah, yang mengakibatkan aku menjadi sukar untuk tidur (malam). Proses fikir/rumus tidak mengambil masa yang pendek, dan mampu meleret sehingga ke atas katil (sebelum melelapkan mata).
Ini yang berlaku kepada aku semenjak sekian lama. (secara kritikalnya semenjak 2 bulan lepas).
Keupayaan aku sukar tidur malam begitu ketara.
Ada yang lantas akan menjawab " Yalah, dah hati tak senang"
Ok, jawapan itu ada benarnya terhadap diri aku. Tepat. Tetapi takkan sepanjang masa/hidup aku perlu berstatus 'hati tak senang'. Itu adalah kurang adil.
Adalah baiknya aku hanya menyembunyikan status tersebut, kerana sekeras mana pun aku memprotes terhadap ia, keputusannya tetap sama. Buang masa!
Sekarang, aku pilih pendekatan berborak/berjumpa rakan sebagai proses menyembunyikan status perasaan aku.
Berborak tentang sesuatu yang 'kosong' lebih baik daripada bertengkar mencari salah silap kehidupan.
Berjumpa rakan yang masih mencari arah tujuan hidup lebih baik daripada mendapat belas kasihan palsu orang yang sedang berada dikemuncak hidup.
Ini hanya dokumentasi proses hidup aku.
Aku tidak perlu menyelesaikan apa- apa.
20060717
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
thanks for the link bro! =)
kapan kita bisa ketemu deh?
"Berjumpa rakan yang masih mencari arah tujuan hidup lebih baik daripada mendapat belas kasihan palsu orang yang sedang berada dikemuncak hidup"
Ayat yang sekian lama aku cari akhirnya sudah jumpa hehe...
erna: ya bila mau ketemu? udah lama deh ;)
lokman: aku pun baru juga mempelajari maksud ayat tersebut. :)
ayu: apabila pangkat/kuasa/harta menjadi kiblat hidup seseorang, anda boleh lihat 'belas kasihan palsu' mereka.
Aku nak belajar gak, dan aku nak juga berada di kemuncak hidup.
Proses hendak, mahu, imajinasi dan fikir, sungguh perit dan lelah. Aku selalu kalah dan selalu mahu tinggalkan dan terus kepada senang.
Post a Comment