Kebiasaannya, hujung minggu akan berakhir dengan kejayaan menghabiskan satu hari suntuk dengan pelbagai aktiviti sama ada normal atau tidak, spontan atau terancang.
Tetapi sekiranya,
Kamu buntu untuk memulakan hujung minggu, tersekat dan terpinga-pinga, ada beberapa gerak langkah yang mungkin boleh membantu.
*******
-hantar sms secara rawak kepada beberapa orang , sebegini :- ehh gile cun sial idea/plan tu, jom lah aku tak sabar ni. Pasti ada yang membalas.
-cuba pergi ke tempat-tempat yang selalu dikunjungi atau menjadi mes lepak rakan-rakan. Sekiranya terserempak, serta merta berkata "Damn, what a coincidence!". Terus sertai mereka.
-beli 10 dvd filem yang terdiri dari 5 dvd genre kegemaran dan 5 dvd bukan genre kegemaran. Tonton yang bukan genre kegemaran dahulu.
-buat lawatan tak diundang ke rumah rakan. Bawa baju kotor dan beri alasan kepadanya "sorry lah, washing machine aku rosak, nak hantar laundry takut tak sempat siap, esok nak pakai." Beberapa jam sudah di dalam tangan.
*******
Jika kamu pernah mencuba seperti di atas, tolonglah buat/perbaiki sesuatu dengan hidup kamu. Belum terlambat.
Nah, sedikit jalan keluar untuk kamu yang tersekat pada hujung minggu ini.
20080523
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment