20080611

Belok bila Suka

Setiap hari aku memandu, untuk pelbagai tujuan yang berbeza destinasi. Aku yakin kamu jua begitu. Sukar bagi aku untuk tidak memandu walau sehari, mungkin kerana hobi aku ialah memandu dan aku kurang selesa menjadi penumpang, terutamanya jika pemandu ialah seorang perempuan. Heh. Sebenarnya aku jarang berkesempatan untuk menjadi penumpang.

Satu perkara yang aku tidak faham dan kurang selesa, terjadi setiap hari adalah sikap pemandu lain yang kerap menukar lorong pada saat-saat akhir untuk masuk/keluar ke destinasi. Mengapa perlu menunggu sehingga jarak 50 meter (mahupun kurang) untuk menukar lorong? Kadang-kala tiada signal yang diberikan. Sayangnya, jika memiliki kereta yang mahal tetapi tidak tahu menggunakan lampu signal itu.

Lantas aku terfikir alasan yang munasabah untuk diguna pakai terhadap perilaku pemandu-pemandu sedemikian. Mereka mungkin rabun. Ya rabun dan berasa tidak selesa pula untuk memakai cermin mata ketika memandu. Sila ubah perangai. Rabun anda membahayakan pengguna jalanraya lain.

Atau,

Papan tanda jalanraya tidak efektif. Jika diperhatikan di Malaysia, lokasi papan-papan tanda jalanraya kebanyakkannya tidak strategik. Ada yang terletak betul-betul di susur masuk/keluar yang hanya dapat dilihat dari jarak 20 meter. Ada papan tanda yang terlindung dibelakang pohon-pohon pokok. Secara logik, apa yang tertanam/terpacak di situ dahulu, pokok atau papan tanda? Bagi pengguna yang berpandukan kepada peta, anda pasti sesat kerana sistem papan tanda jalanraya di Malaysia bukan secara berturutan, (maksud: destinasi hanya dipaparkan pada lokasi-lokasi yang dirasakan sesuai sahaja).


Mungkin perihal-perihal di atas antara faktor penyumbang kepada kadar kemalangan jalanraya di Malaysia, siapa tahu.

Tetapi....


Kerajaan Malaysia, kamu perlu tahu.

1 comment:

kitschkid said...

this whole subject was just bugging me last week. papan tanda di shah alam agak questionable, macam kerajaan letak kat situ sambil gelakkan kami. tersorok belakang pokok, papan tanda yang berlapis-lapis, mula-mula subang kiri, tiba-tiba kat atas tu tulis subang kanan. benci gila shah alam.

eXTReMe Tracker