20100702

Alah.

Fragments - Les bruissements du monde from Jean-Sebastien Monzani on Vimeo.



Manusia mempunyai pelbagai sebab dan alasan untuk terus mencipta rangkaian masalah, yang akan melingkari mereka. Sedar atau tidak, itu bukan persoalan, kerana jika tiadanya masalah, manusia tidak mampu mencapai skala kematangan yang tinggi.

Percaya atau tidak, itu hak kamu sendiri.

Secara dasarnya, hubungan antara manusia dan masalah, kadangkala melebihi dari konteks hadnya. Mampu menjangkaui sempadan logik yang ditetapkan(oleh manusia sendiri). Ada yang menjadikan masalah sebagai rutin harian, semata-mata sebagai agen penjana sebab untuk terus hidup.

Percaya atau tidak, tetap pilihan kamu sendiri.

Aku percaya, pilihan kamu, kadangkala mampu menjadi masalah kepadaku.

Namun, itu pilihan aku.




Heh.

No comments:

eXTReMe Tracker