20060622
mencari kegembiraan radikal
awan. awan biru.
adalah sesuatu yg sukar digambarkan keadaan mu.
pernah aku tertanya mengapa aku tidak sahaja berada didalam pelukan mu.
awan. awan biru
melambai-lambai kepada aku, mengajak aku
untuk kembali terus merenung dan merindui nya
walaupun aku sedar, jarak dan ukuran(kemampuan terhad) yg aku alami.
tidak terdaya aku memenuhi hasratmu.
awan. awan yg biru
tidak pernah tercungap untuk bersama aku,
sekalipun aku sentiasa merungut untuk memperolehi sesuatu yg lebih baik, sempurna.
awan. awan biru
tiada ketika yg pernah disesali mu untuk memberi harapan,
kepada aku yg sentiasa hilang dalam mencari erti,
pelbagai erti.
awan. awan biru
adakah kau tahu yg aku telah merindui mu. sebanyak yg mungkin.
sekerasnya aku ingin jatuh dan longlai di dalam kedinginan mu.
awan. awan biru
ketika ini aku telah melepaskan pergi 'nyawa' ku untuk bersama mu
kau bimbinglah 'nyawa' ku, belailah 'nyawa' ku..
tunaikan lah permintaan dari aku, seorang yang lumpuh hati dan perasaan ketika ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment