20060622

Rasakan ( yang tersembunyi, yang tercari )

lokasi:perhentian bas.

tengah hari.berdiri di situ seorang lelaki buta(dgn beg-beg plastik yg sarat dgn barang-barang harian rumah) dan seorang pelajar(dgn beg sekolah yg digalas) yg berumur 9 tahun.
Kedua-duanya seperti ingin melintas jalan. Terdesak untuk melintas jalanraya yg sibuk. Ini adalah situasi yg normal yg dapat dilihat setiap hari oleh anda yg sedang memandu/menaiki bas@teksi/menunggang basikal/berjalan kaki.

Sekiranya anda berada di situ, dan tiba² dorongan rasa untuk 'membantu' timbul, siapakah yang pertama sekali akan anda pilih untuk dipimpin menyeberangi jalan.
Maaf ya, memilih untuk memimpin kedua-duanya sekali adalah jawapan/alasan yg kurang bernas. Anda bukannya ahli trafik yg mempunyai kuasa/pengaruh untuk memberhentikan kenderaan² yg sedang bergerak laju (ingat! Lori!). Memimpin kedua-dua org yg mempunyai tahap 'kematangan' yg berbeza adalah sukar. Tidak perlu anda memberikan jawapan/alasan yg paling 'bermoral tinggi/akhlak' kerana ianya adalah sangat tidak praktikal.

Ok, anda dgn jawapan anda. Aku dgn jawapan aku dan juga logiknya.

Aku memilih untuk memimpin org buta itu dahulu, bukan kerana kekurangannya(buta), tetapi ianya sebagai satu 'rancangan jangka panjang'.
Dengan memilih untuk memimpin org buta tersebut(pada masa yg sama, aku boleh menyuruh pelajar itu bersabar menunggu gilirannya)aku secara jelas dan tepat dapat 'mendidik/menanam/mendorong' pelajar tersebut yg baru berumur 9 tahun menjadi seorang yg 'berguna dan sesuai' pada masa hadapan. Dengan melihat satu 'peristiwa' membantu org melintas jalan, pelajar itu akan memperolehi input visual jangka panjang yg akan sentiasa tersimpan diakalnya. Proses ini dinamakan pembelajaran melalui pengalaman.

Berbalik kpd pelajar itu, aku tidak memilihnya kerana ada rasionalnya. Pertama, aku ingin dia melihat 'peristiwa' tadi sebagai 'input visualnya'. Kedua, aku tidak mahu dia membesar menjadi seorang yg ingin diutamakan/dipilih ketika berada didalam 'konflik membuat keputusan/pemilihan'.

Itu adalah salah satu diantara beberapa situasi yg telah aku fikirkan mampu untuk didalam mendorong/membentuk/mendidik seseorang untuk menjadi 'sesuai dan berguna' didalam kehidupannya.

Ibubapa aku pernah berpesan kepada aku suatu masa dahulu:
" Keistimewaan seseorang manusia adalah pada ketika beliau tahu untuk menjadi seseorang yg berguna. Berguna tidak hanya terletak pada kecemerlangan pendidikannya "

hmmm, pada mulanya aku seperti mengambil mudah dan menganggap, sekiranya aku memperolehi pendidikan yg secukupnya(maaf ya, aku tidak menyentuh ttg pendidikan keagamaan),aku secara 'AUTOMATIC' akan menjadi seorang yg berguna. Ternyata silap. Amat sekali.

Konsep 'sesuai dan berguna' memerlukan tahap 'pemahaman' dan nilai 'sensitif' yg tinggi terhadap kemanusian/alam sekeliling/keadaaan.
Anda (ya aku sekali) perlu tahu 'keadaan/suasana' yang memerlukan anda untuk menjadi 'sesuai/berguna'. Keadaan² ini jika anda menilai dgn teliti, ianya kerap berlaku didalam kehidupan harian.

Contoh² keadaan: pertengkaran diantara 2 rakan, kenderaan yg ingin memasuki lorong laluan anda, berada dimeja makan yg penuh dgn sisa makanan pengguna sebelumnya, rakan pejabat/sosial memerlukan pertolongan anda yg baru sahaja pulang dari pejabat/sekolah, senarai barangan yang hendak dibeli ketika status kewangan anda baru pulih, peniaga² yg datang mempromosikan barangan ketika anda sedang menjamah makanan.

Ini hanya sebahagian contoh daripada realiti yg berlaku. Ini juga hanya contoh yang belum mencapai tahap kritikal di dalam realiti.

Pelbagai cara/perilaku dapat digunakan didalam mengaplikasikan konsep 'sesuai dan berguna' ini. Fleksibel, peka(ini aku rasa yg paling penting), sederhana adalah antara beberapa cara yg aku fikirkan mampu merealisasikan konsep ini (sebenarnya banyak lagi cara, tetapi maaf ya aku bukan Dr Fadilah Kamsah)Dan aku juga bukan menulis untuk memberi penyelesaian kepada apa-apa situasi. Harap jelas.
Aku masih mencari/memikir segala kemungkinan/penyelesaian realiti.

Ok, didalam proses kearah 'sesuai dan berguna', aku hentikan dulu catatan setakat ini.

tidak perlu menulis panjang, kerana aku bukan cuba untuk membuktikan apa-apa.

ini hanya proses hidup aku.

No comments:

eXTReMe Tracker