20061112

Kiri dan Kanan

2003

tahun akhir aku sebagai seorang pelajar seni di sebuah universiti tempatan.

Bukan aku nak mencatat perihal proses-proses kerja seni aku disini,

Tetapi

Ada satu peristiwa yang aku rasakan, perlu diberi perhatian.

Hubungkait antara mentaliti + persepsi/observasi + keputusan.


Aku: Baca buku apa tu?


Rakan: Buku pasal contemporary artworks. Bukan baca pun, belek² ja tgk artworks.


Aku: Tgk artworks ja? Tak berminat nak baca apa yg artis² tu tulis pasal proses

mereka sehingga siap artworks?.


Rakan: Arghhh, malas la, baik aku tgk artworks ja,dah cukup menceritakan segala- galanya. Lagipun boleh aku pinjam idea untuk buat artworks aku.


Aku: Hmmm, jalan larangan…..sungguh suci.



Situasi ini aku kaitkan dgn kehidupan biasa seharian.

Masyarakat sering mencari jalan mudah/pintas dalam membuat sesuatu kesimpulan/keputusan.

Gerak kerja ini di antaranya berlaku sewaktu membuat penilaian terhadap seseorang yang asing di dalam komuniti kenalan hidup atau seseorang yang dianggap mampu mencabar/mengugat kesenangan/kestabilan hak.


Mengapa ini berlaku, dan mengapa terus berlaku?

Bukan kelebihan/kepakaran aku untuk menghuraikan sebab lahirnya kewujudan situasi ini.

Tetapi, aku lebih suka menyebelahi/menyokong akan berkembangnya situasi sedemikian.

Mengapa?

Kita selalunya akan melihat, atau tepat lagi telah diajar untuk tidak mempunyai sebarang unsur-unsur/sifat seperti berprasangka/curiga/was-was/paranoid/dendam yang disifatkan sebarang satu elemen yang negatif dalam hidup. Untuk mencantikkan lagi pemahaman sebegini, orang sering berkata “gunalah akal untuk membezakan mana yang baik dan buruk”


Hmm, apa gunanya membezakan, sekiranya kita tidak tahu dimana garis pemisahnya? Bukankah lebih baik kita mempraktikkan kedua-duanya di dalam proses kita mencari titik tengah kedua-dua elemen ini. Ayat yang lebih romantis ialah MENGHARGAI kedua-dua elemen ini. Pada ketika kita sedang berprasangka/curiga/was-was/paranoid, secara tidak disedari kita sedang mendalami erti diri kita sendiri. Rangsangan dari otak dan hati sedang bergelut untuk memenangi keadaan, seterusnya akan diambil perhatian, dimana ia jarang terjadi ketika kita sedang bergembira dan tenang. Bukankah ini perilaku yang sangat indah? Contoh mudah, berapa ramai manusia yang ingin mendekati kesedihan pada ketika mereka sedang bergembira? Tetapi begitu ramai manusia yang sangat-sangat ingin menikmati/mendampingi/dibaluti kegembiraan dikala mereka dikunjungi kesedihan. Manusia sudah jelas tidak adil didalam menghargai perasaan yang lahir mendatangi kita. Bukankah kesedihan dan kegembiraan adalah suatu perasaan pemberian dari Tuhan. Mengapa perlu menafikan salah satu kewujudannya?


Ada yang akan berkata, tidak semua manusia mampu menangani kesedihan sebagaimana dia mampu menangani kegembiraan. Mengapa ini perlu berlaku? Mudah jawapannya, kerana kesedihan telah di anggap sebagai suatu perasaan yang kurang enak/selesa. Tidak pernah terfikir bahawa kesedihan mampu mengubahsuaikan diri kita ke tahap yang lain yang lebih tinggi sebagai seorang manusia?

Kesedihan menjamin kemurungan, tetapi cubalah untuk menghargai detik-detiknya sebagaimana kita menghargai saat-saat kemanisan kegembiraan.

Cukup tentang perihal perasaan.


Berbalik tentang elemen dendam, bagi aku, ini adalah antara saat di mana manusia secara jujur membuat penilaian terhadap kemampuan diri sendiri. Penilaian ini seterusnya mengalami proses mengambil tindakan(pada diri sendiri). Kadangkala drastik, ada jua yang menjalani tempoh yang lama. Tempoh yang drastik tidak selalunya gagal, dan begitu juga tempoh yang panjang tidak menjamin kecemerlangan. Tetapi satu yang pasti, penilaian dan tindakan yang dilakukan adalah merupakan satu gerak kerja yang jujur dan komited oleh seorang manusia. Nafikanlah sekeras dan semahunya, tetapi ini adalah realiti.



Ambil yang keruh, tapis/saring yang jernih”



Ini proses hidup. Jangan terburu menyelesaikannya.


eXTReMe Tracker