20100708

Cumpah.

Masih ada rasa kecewa dan irihati pada mereka yang selama ini sangat-sangat selesa mengekploitasi status pertalian darah. Kini,dengan lantang dan bongkak mahu menuding jari menyalahkan sesiapa yang berkebolehan mengancam kehendak mereka.

Kamu,aku nasihatkan agar berhenti menjadi seorang manusia yang kelak hanya akan ditertawakan kelakuanmu. Masa silammu penuh dengan kesilapan dan kebodohan, dan secara nyata, kamu masih sama, langsung tidak berubah.

Aku tahu kamu nampak seperti tidak bodoh, dan pada ketika ini, untuk aku cuba meluangkan masaku mengorek sesuatu yang mulia tentang dirimu, cukup mustahil. Kesemuanya penuh dengan muslihat, semata-mata.



Aku tahu kamu nampak seperti tidak bodoh.



Heh.

20100702

Peluang Terbuka.

Your secret from Jean-Sebastien Monzani on Vimeo.



Nah. Selesaikan segala-galanya. Hidup ini sangat besar.




Heh.

Alah.

Fragments - Les bruissements du monde from Jean-Sebastien Monzani on Vimeo.



Manusia mempunyai pelbagai sebab dan alasan untuk terus mencipta rangkaian masalah, yang akan melingkari mereka. Sedar atau tidak, itu bukan persoalan, kerana jika tiadanya masalah, manusia tidak mampu mencapai skala kematangan yang tinggi.

Percaya atau tidak, itu hak kamu sendiri.

Secara dasarnya, hubungan antara manusia dan masalah, kadangkala melebihi dari konteks hadnya. Mampu menjangkaui sempadan logik yang ditetapkan(oleh manusia sendiri). Ada yang menjadikan masalah sebagai rutin harian, semata-mata sebagai agen penjana sebab untuk terus hidup.

Percaya atau tidak, tetap pilihan kamu sendiri.

Aku percaya, pilihan kamu, kadangkala mampu menjadi masalah kepadaku.

Namun, itu pilihan aku.




Heh.
eXTReMe Tracker