20060729

Bedah siasat

Menarik.

Ini adalah kata kunci untuk proses hidup aku selama 10 hari yang lepas.
Bermula daripada kejutan kepada rasa tidak sanggup, bergerak daripada belas kasihan kepada keselesaan, ini adalah antara beberapa perilaku dan rasa (secara umum) yang aku nikmati.
Ya, mmg perlu dinikmati, bukan disesali, kerana setiap yang berlaku ada harganya, dan aku tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi pihak yang beruntung didalam memperolehi 'pengalaman emas hidup'.


Tinggi harganya yang aku bayar untuk mendapat pengalaman ini.


Jelas, kepuraan adalah satu perilaku normal.


Pada saat aku sedang menikmati keuntungan ini, aku juga perlu berpura-pura.
Permulaan kepada kemurungan/tidak senang/perubahan aku juga adalah daripada perilaku kepura-puraan.
Dan gerak kerja yang perlu aku buat untuk mengakhirinya juga adalah menerusi kepura-puraan.


Adil? Tentu sekali tidak. Tetapi pedulikan.


Untuk tempoh 10 hari yang lepas juga, aku menerima usul dan susur keluar yang pelbagai. Kesemuanya menarik dan baik, mengikut pengalaman dan pemikiran tersendiri.
Terima kasih.
Tiada apa yang perlu di tinggalkan atau di kecualikan, kerana kesemuanya benar belaka, cuma pengaplikasiannya memerlukan komitmen yang berbeza.



Sekarang, ya sekarang
Aku akan bangkit.
Jangan ditanya berapa lama tempoh proses ini.


20060717

Valium malam

Semalam, untuk sekian lamanya, aku dapat tidur lena. Caranya adalah mudah, cuma sebelum ini, aku yang agak kurang 'menawarkan diri' untuk mengaplikasikannya. Namun, setelah melihat apa yang 'cara' tersebut berjaya lakukan terhadap aku, jelas kini, aku patut mencubanya.

Tadi aku melawat beberapa blog, dan aku merasakan kebanyakkan penulis blog mempunyai masalah dan situasi yg sama seperti aku, cuma dalam bentuk yang berbeza. Ada sesetengah penulis blog berpendapat, dengan menulis blog, mereka mampu menyelesaikan masalah tersebut, atau lebih
cliché, meluahkan permasalahan itu. Pendapat aku, menulis blog hanyalah salah satu cara mendokumentasikan kehidupan, tidak lebih dari itu. Walaupun ia mampu membantu dalam menyelesai/mencurah permasalahan, tapi hanya untuk tempoh yang singkat.

Semalam, 'cara' yang aku maksudkan itu, adalah dengan berborak/meluangkan masa bersama rakan-rakan (mereka adalah bekas rakan serumah). Aku menghabiskan malam aku, berbual kosong yang kadang-kala diselitkan dengan cerita-cerita serius(akan berakhir dengan lawak sinikal). Sudah lama aku tidak berborak, ermm mungkin disebabkan aku tinggal bersendirian dirumah sewa ini, dan mungkin juga disebabkan aku semakin kurang keyakinan untuk berbual. Sejak akhir-akhir ini, aku lebih selesa mendiamkan diri dan berfungsi sebagai pendengar kepada sesuatu topik perbualan(sekiranya aku berjumpa rakan-rakan). Ianya amat selesa, kerana aku hanya perlu menjadi pemerhati dan menjadi penyokong pada masa yang diperlukan oleh sesuatu pihak.

Dengan mendengar perbualan, pada masa yang sama, aku dapat membuat aktiviti lain seperti berfikir/merumus (bukan termenung sambil mengeluh) tentang hidup aku. Topik yang dibualkan, sebolehnya aku akan kaitkan dengan hidup aku, dan cuba mencari sudut yang terbaik untuk dilihat. Kadangkala keputusan proses ini berpihak kepada aku, kadangkala ia memusuhi aku. Ianya normal.

Tetapi

Disebabkan aktiviti aku sebagai pendengar ini jua lah, yang mengakibatkan aku menjadi sukar untuk tidur (malam). Proses fikir/rumus tidak mengambil masa yang pendek, dan mampu meleret sehingga ke atas katil (sebelum melelapkan mata).

Ini yang berlaku kepada aku semenjak sekian lama. (secara kritikalnya semenjak 2 bulan lepas).
Keupayaan aku sukar tidur malam begitu ketara.
Ada yang lantas akan menjawab " Yalah, dah hati tak senang"
Ok, jawapan itu ada benarnya terhadap diri aku. Tepat. Tetapi takkan sepanjang masa/hidup aku perlu berstatus 'hati tak senang'. Itu adalah kurang adil.
Adalah baiknya aku hanya menyembunyikan status tersebut, kerana sekeras mana pun aku memprotes terhadap ia, keputusannya tetap sama. Buang masa!
Sekarang, aku pilih pendekatan berborak/berjumpa rakan sebagai proses menyembunyikan status perasaan aku.

Berborak tentang sesuatu yang 'kosong' lebih baik daripada bertengkar mencari salah silap kehidupan.
Berjumpa rakan yang masih mencari arah tujuan hidup lebih baik daripada mendapat belas kasihan palsu orang yang sedang berada dikemuncak hidup.




Ini hanya dokumentasi proses hidup aku.
Aku tidak perlu menyelesaikan apa- apa.


20060715

Fiksyen Kasih Sayang

Sedang aku asyik menonton dvd Family Guy, tiba-tiba aku terfikir tentang satu situasi.
Ok, situasi ini adalah fiksyen semata-mata, sekiranya ia ada kena mengena dengan anda, diharap jangan berkecil hati dengan aku.
-----------------------------------------------------------------------------
2 karektor didalam situasi ini. Sepasang manusia yg mempunyai hubungan intim.

A- lelaki
B-wanita
--------------------------------

8 MALAM

A: Hello..

B: Hello..

A: Kat mana nie, still di office ka?

B: Aah, baru ja habis kerja, nie tengah bersiap nak balik.


10.30 MALAM

A: Hello

B: Hello..(nada mengeluh)

A: Ermm, tgh buat apa? kat umah ka?

B: Err, nie on the way nak balik umah.

A: Eh takkan dari pukul 8 tadi, sampai skrg still on the way balik umah?

B: Tadi dah nak balik, but then bos datang, so ada beberapa kerja yg perlu disettlekan.

A: Ohh, ok.

B: Ok la A, i'm driving ni.

A: Ok, take care.


11 MALAM

1 sms dihantar oleh B kepada A

A, actually tadi saya balik lewat sbb pergi shopping with my friends. Taknak bgtau benda sebenar, nanti awak risau. So, don't u worry about me ok.

-----------------------------------------------------------------------

Moral: Tiada apa yg bermoral dalam situasi di atas. Moraliti hanya alasan kehidupan.


Bak kata Stewie(Family Guy):
"You know, mother, life is like a box of chocolates. You never know what you're going to get. YOUR life, however, is like a box of.....ACTIVE GRENADES! Now, I give you one more chance for deliverance, return the mind control device immediately! Or be destroyed...."



Ok, aku nak cuba lelapkan mata.
Jumpa lagi.

20060712

R.i.P

Syd Barrett, salah seorang pengasas band yang cukup memberi pengaruh kepada masyarakat(dan juga aku) iaitu Pink Floyd, telah mati pada 7hb Julai 2006 di rumahnya.

Berita kematian beliau boleh dibaca disini.

Ingin mengenali beliau?


Cuba baca ini dan juga disini.

Lirik di bawah adalah merupakan lirik kepada lagu yang ditujukan khas oleh Pink Floyd kepada Syd Barrett.


'Shine On You Crazy Diamond'

Remember when you were young, you shone like the sun.
Shine on you crazy diamond.
Now there's a look in your eyes, like black holes in the sky.
Shine on you crazy diamond.
You were caught in the cross fire of childhood and stardom,
blown on the steel breeze.
Come on you target for faraway laughter, come on you stranger,
you legend, you martyr, and shine!

You reached for the secret too soon, you cried for the moon.
Shine on you crazy diamond.
Threatened by shadows at night, and exposed in the light.
Shine on you crazy diamond.
Well you wore out your welcome with random precision,
rode on the steel breeze.
Come on you raver, you seer of visions, come on you painter,
you piper, you prisoner, and shine!

Nobody knows where you are
How near or How Far
Shine on You crazy Diamond

How more many more layers
Will there be drawn in you there
Shine on You crazy in Diamond

And we'll bask in the shadow
Of Yesterday's triumph
Sail on the steel breeze
Come on you butcher, you winner and loser, you miner of truth and delusion
And shine!

Kegagalan ekspedisi ke bulan

semenjak 'status' aku berubah dari seorang penganggur kepada seorang pelajar, aku semakin terdesak. Terdesak untuk tidur di malam hari. Keadaan ini semakin berlarutan, dan semakin kritikal untuk diri aku dan 'status' aku kini.

Semenjak 3-4 tahun lepas, err sewaktu aku bermula di dalam kursus diploma lagi, tidur malam agak kurang dipraktikan. Aku merasakan benda ini hanyalah biasa dah dapat dipulihkan seperti sedia kala nanti(ternyata salah!). Telah menjadi kebiasaan bagi seseorang pelajar seni(dan kursus² yg sealiran) untuk tidak tidur selama beberapa hari. Cuma masalah aku sekarang, aku bukannya hendak bersengkang mata selama beberapa hari, tetapi keinginan/perasaan untuk tidur diwaktu malam amat susah atau barangkali baik disebut, sudah tiada.
Aku lebih selesa kini untuk tidur di siang hari.
Terasa nyaman seolah-olah seperti dimalam hari.

Tadi, aku tekad(hehe), untuk cuba mengubah gaya hidup sebegini.

Cubaan aku gagal...

Percubaan masuk tidur pada pukul 11 malam, hanya bertahan sampai pukul 1 pagi sahaja.
Aku perlu mencari mana silapnya,
mungkin mimpi kurang menarik, atau aku masih kurang kenyang untuk masuk tidur.
Abaikan tentang mimpi, mana boleh dirancang.
Apa yg perlu dipersalahkan?
Untuk menyedapkan hati, aku meminjam lirik ini.


What are we coming to?
What are we gonna do?

Blame it on the black star

Blame it on the falling sky



Minta maaf la wahai mataku, nampaknya malam nie anda bekerja lebih masa lagi seperti biasa.
Roti telur dan milo ais, tunggu kedatangan aku.
















Permandangan dari rumah aku pada pukul 5 pagi.

20060711

cubalah wahai kaum perempuan, dipersilakan.


Purata nisbah kadar lelaki dan perempuan adalah 1:9. Kini mereka mampu untuk hidup tanpa bergantung terhadap lelaki. Walaupun dalam bab ini.

Dunia oh dunia.

20060710

Mafia Juara Dunia














skandal rasuah+percaturan perlawanan+juara dunia

kesimpulan: pemain pertahanan Itali handal dalam bertahan dan menjaringkan gol.

20060709

biru boleh,biru boleh, biru pasti boleh














Kepada kedua-dua org terpenting bagi dua pasukan kebangsaan yg
menggunakan warna biru sebagai warna utama jersi pasukan, aku mengucapkan
'SELAMAT BERJUANG MENJADI JUARA'.















dan begitu juga kepada kedua-dua pasukan tersebut.

SEMOGA BERJAYA!

20060707

warna-warna, hilangkanlah hitam dan putihku

Sedang aku mengemaskinikan folders pc aku, tiba-tiba aku tergerak untuk melihat kembali hasil kajian-kajian sewaktu belajar. Mula hati terfikir sama ada aku masih mampu menyambung segala proses yg telah dimulakan.

Keputusan: Jangan dibiarkan terhenti. Bangkit>Bergegas>Berdiri
Kebarangkalian: Kewujudan 'Sia-sia'. Sedaya-upaya tewaskan ia.

(Kajian aku hanya melibatkan sculptures sahaja, tidak termasuk mural)









































































(Klik pada gambar untuk gambaran yg lebih jelas)





Setahun sudah berlalu. Aku perlu cepat.



20060705

Jalan terbaik(yang mampu aku lakukan ketika ini)

Hidup seperti umpan ikan. Menunggu untuk ditelan hidup-hidup.

Bagi aku, kepercayaan tidak harus diletakkan sepenuhnya terhadap sesiapa.

Perkara ini hanya aku sedar, dan masih baru aku sedar…

setelah rakan-rakan dan keadaan/situasi yg memaksa/mengajar aku menerima

konsep sebegini.


Aku masih tak faham bagaimana perasaan manusia juga boleh pudar.

Pudar segala-galanya. Marah, gembira, tenang, setia, tenteram, ribut/kacau.

Bukankah kita telah dididik untuk menghargai? Hargai apa sahaja.

Adakah di dalam kita menghargai sesuatu nilai itu, kita perlu ‘beralih arah’?


Rakan aku pernah menyatakan ini kepada aku

Percayalah kepada Karma

Ya, inilah jawapan spontan aku. Terbukti mmg ada kebenarannya.

Dan membuatkan aku terfikir sebentar, inilah juga Kitaran Hidup.

Kitaran hidup setiap individu tidak akan sama.

Dan janganlah cuba untuk membuat perbandingan sesama sendiri.


Kita tidak akan pernah puas.

TETAPI….

Kita perlu tahu pada ketika/tahap yang harus kita berhenti dalam mengejar kepuasan.

Tiada sistem penggera yang dapat memperingatkan kita dalam hal ini.


Dan apa yg telah dapat aku selesaikan untuk ketika ini, ialah:

KITARAN HIDUP AKU BARU BERMULA…

eXTReMe Tracker