20111224

Terus Aku. Terang Kamu.




Senyum, walaupun dunia masih belum menyebelahi kamu.


Heh.

20111024

Hati pergi mati sebentar.

Cinta tiada memerlukan nyawa. Impian langsung menyisihkan harga.
Walau apa pun yang terjadi, bangkitlah daripada segala kesulitan.

Mereka akan tetap irihati. Itu naluri mereka.
Kerana kehampaan, mereka datang dengan sedemikian rupa.


Biarkan.



Heh.

20110929

Selari.




Jika hati harus berbicara tentang segala rasa yang berselindung semata-mata menenangkan kembali masa silam, yakinlah bahawa kekecewaan adalah apa yang bakal mengusik hati itu sendiri. Timbulkan rasa mengalah dalam diri, demi mereka agar sesuatu keputusan mahupun perjalanan yang baik, mampu berulang.

Kebenaran memerlukan keberanian.


Benarkan dirimu.




Heh.

20110918

Malam yang benar.




Setialah pada hati yang sentiasa menanti, demi mencari kebebasan. Walau jatuh rebah, yakinlah bahawa untuk setiap saat yang sukar, pasti akan terbit peluang untuk kita, menikmati sesuatu dengan penuh nyaman, walau ia sementara.

Hargailah ia, walau sementara.


Heh.

20110822

Suarapura.



Biarlah hidup mewayangkan kebisuan daripada bibir penuh pekat dengan kemanisan kata-kata.




Heh.

20110811

Sembunyikan Aku.



Menerima sesuatu kesilapan, mengakui bahawa tindakan yang telah diambil sebenarnya meruntuhkan sesuatu jalinan yang terikat tidak mempunyai satu ketetapan jangkamasa.

Perkara ini tiada boleh ditagih supaya ia berlaku pada kadar segera kerana, kita harus sedar, insan-insan yang terlibat secara langsung dalam situasi ini memerlukan suatu pemahaman atas daya upaya masing-masing. Faktor yang seringkali mengugat sesuatu keputusan, iaitu emosi mampu bertindak di luar kawalan akhirnya menjejaskan sebarang keputusan yang nyaman. Oleh itu, jarang wujud kesedaran atas suatu kesilapan pada waktu yang singkat.

Jarang sama sekali.

Pelbagai gerak kerja harus diusahakan, kadangkalanya berat namun masih logik semata-mata bagi setiap pihak(kebiasaanya ini berlaku kepada pihak yang menerima secara paksa sesuatu keputusan) untuk berupaya menangani apa yang disebut proses kematangan diri melalui pengalaman. Apa yang bakal diperolehi pada tempoh ini berupaya meningkatkan perspektif seseorang ke tahap yang lebih dipandang tinggi oleh sekeliling, dan mampu memberikan respon yang positif kepada sebarang keputusan oleh diri sendiri pada masa hadapan, bahkan juga kepada sekeliling.

Namun kejayaan pemahaman kita, tidak dinilai hanya pada faktor itu semata-mata. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita kembali berdepan dengan keputusan yang diambil pada masa lampau.

Sekiranya kita atau mereka mengakui apa yang telah silap dan tersasar, kemana hala tuju keputusan yang bakal kita ambil selepas itu.

Persoalan itu, adalah jawapan kepada apa yang akan terus kita kejar di dalam hidup ini.


Adakah kita benar-benar telah pulih seperti sediakala?

Atau kita masih lagi satu kesilapan semalam?




Heh.

20110804

Ladang Api.



Sekiranya terlintas suatu detik dan ketika terhadap mereka yang tersayang, ingatlah bahawa ia adalah kurniaanNya supaya kita bertenang.

Dan kita harus bertenang keranaNya, walau hati ini ribut merindui mereka yang tersayang.

Kerana kita adalah manusia yang tidak akan berhenti untuk merindui.



Heh.

20110703

Andai Engkau Masih Mendukung Rasa Ini.




Mereka membina impian. Maka kita seharusnya akan terus melakar mimpi, agar berupaya kedua-duanya terus seiringan, dan ditempatkan pada suatu ruang.

Segala yang berani menghiris atau menikam, pasti terkandas di ruang itu. Tiada apa yang mampu bangkit mahupun menentang kekuatan keramatnya.


Keinginan kita adalah keramat, bersatu di dalam ruang.
Tiada siapa yang akan menyerahkan ruang itu, sewenangnya.




Heh.

20110609

Demi Masa.




Seluas permukaan ini aku mencari. Walau keringat ini tidak terhapus dek kain yang melitupi dan ketika nafasku lelah untuk meniti setiap langkah, aku masih tetap akan mencari.


Cinta dan airmata tiada dapat dipisahkan.
Cinta dan senyumanmu tiada dapat aku hapuskan.
Cinta dan renunganmu, sepanjang riwayat aku abadikan.
Cinta dan kesetiaan, biarkanlah seketika aku bersendirian.


Kerana setiap jiwa ada pasangannya, mengikut ketentuan.


Heh.

20110608

Tanah Kita.




Terbang selagi terdaya. Mara sejauh mungkin. Inilah kehidupan.



Heh.

20110607

Sepanjang nafasku.




"I think you still love me, but we can’t escape the fact that I’m not enough for you. I knew this was going to happen. So I’m not blaming you for falling in love with another person. I’m not angry, either. I should be, but I’m not. I just feel pain. A lot of pain. I thought I could imagine how much this would hurt, but I was wrong. "
— Haruki Murakami (South Of The Border, West Of The Sun)



Satu dalam seribu hari, kadangkala pasti tidak terlawan juga perasaan untuk membendung segala rasa, segala warna yang pernah lembut disentuh dan dicapai.

Kepada yang tidak pernah menyerah untuk kalah, kepada yang pernah bersengketa semata-mata demi ketenangan.

Tetapi,

Adakalanya, kita harus melepaskan sesuatu yang terpenting, dengan penuh harapan agar ia mekar, walau jauhnya tiada dapat diselesaikan mata.

Kerana kita harus yakin, segala keberanian atas nama kebenaran pasti ada ganjarannya.


Heh.

20110529

Mencairkan Matahari.




Apa yang akan terjadi sekiranya kedamaian hanya berjaya dicapai apabila kita disirami kegelapan.

Atau itu hanya sekadar harapan yang sia-sia?


Heh.

20110312

Matikan mimpimu yang tumpul.



Semenjak kecil, atau sewaktu kita belum mampu beratur sendiri membeli tiket wayang untuk menonton filem tanpa pengawasan orang dewasa, kita telah diasah untuk menerima hakikat tentang kehidupan dan keadilan yang bergerak secara teratur. Periksalah memori kamu kembali bagaimana pesan nenek kamu sewaktu sedang melipat kain tatkala kamu sedang enak membuli adikmu yang terang-terang sudah mengalah dan menangis merayu dilepaskan. Pesanan yang ringkas, namun berkesan hingga mampu membuatkan kamu berhenti daripada menjadikan adikmu merasa sudah tiada gunanya lagi dia bersaudara denganmu.

Masih kamu ingat pesanan sebegitu? Atau kamu lupa?

Siapa yang berpesan, itu bukan persoalannya.

Terus-terang aku mengharapkan yang kamu lupa apa yang telah dipesan. Untuk apa sebenarnya kita diasah berfikiran sedemikian rupa jika wujud, secara tersembunyi perasaan untuk meneruskan sesuatu yang diyakini memberi satu keputusan kepada diri. Jika kita telah diberikan peluang agar berjuang di dalam kehidupan ini, mengapa perlu kita dibisikkan dengan kata-kata yang sekiranya tiada ditapis secara khusus, mampu menjadikan kamu seorang yang sangat berdalih terhadap kehidupan ini sendiri?

Seorang yang waras tidak akan menyuruh kamu berhenti membuli adikmu, kerana kamu sedang melalui peringkat di mana setiap apa yang dikerjakan, perlu ada keputusannya. Berhak kamu menghabiskan apa yang dimulakan kerana itu adalah perilaku asas setiap benda bernyawa tetapi seorang yang waras seharusnya akan memberi galakan kepada adikmu supaya berhenti menangis merayu, cuba sedaya upaya bangun dan bersaing denganmu tanpa perlu digusarkan kebarangkalian apa yang bakal berlaku. Seorang yang waras berhak memberi peluang kepada kedua-dua insan itu untuk mencuba sesuatu yang bakal menjadi asas kepada perilaku mereka pada masa hadapan. Mengapa perlu disekat peluang mereka? Menidakkan hak mereka untuk berusaha ketika kecil lagi akan mampu membunuh perjuangan mereka secara perlahan lagi zalim.

Kehidupan memerlukan perilaku secara timbal balik. Ketika kamu nyaman, haruslah jangan ditempelak kewujudan potensi untuk kamu diusik kesulitan.
Senario yang diluncurkan aku di atas hanyalah antara secebis kisah hidup yang sangat tipis rumitnya untuk dianalisis kita, yang seharusnya mendahagakan peringatan.

Ludahlah aku jika kamu menentang bahawasanya Keadilan hanya wujud semata-mata jika kita berusaha. Keadilan mampu wujud dalam pelbagai bentuk yang kadangkala tidak tercapai akal untuk merentasi kesahihannya asalkan kita sanggup berusaha. Tiada dipersetujui yakni Tuhan untuk menabur keadilan selagi kita hanya berserah tanpa usaha.


Aku perlu berhenti di sini. Tidak adil bagi kamu sekiranya aku sibuk meluncurkan peringatan sedangkan kamu masih terkial dengan masa silammu.

Bangunlah, dan berhenti berdalih mahupun menangis merayu.

20110216

Serigala Merenung Bulan




Sekali lagi terjatuh, aku tetap akan bangkit semula. Calar yang masih merah hanya ditenung sambil tersenyum. Tidak mengapa.


Renungan ini bukanlah yang pertama.

Mungkin bulanku masih jauh di sana.




Heh

20110208

Halus




Dengan restu Ilahi, cinta yang murni dibawa mati.





Heh.
eXTReMe Tracker