20060629

Penampilan Pintar?

di sebuah universiti tempatan, 2 hari lepas.
aku ke sana untuk beberapa tujuan yang perlu diselesaikan.
salah satu tujuannya adalah untuk membuat Kad Pintar Pelajar.
sebelum aku sampai ke kaunter kad pintar itu(hampir pukul 5 ptg), beberapa kemungkinan telah bermain difikiran.
tetapi sebab nak mengejar masa(untuk tidur, kerana berjaga seharian) aku teruskan juga.


Staf: Ya, datang nak buat kad pintar ka?

Aku: Aah..

Staf: Ada bawa surat tawaran?

Aku: Ada...

Staf: Hmm, ok..(sambil memandang aku)


dan aku dah agak, soalan nie mesti akan keluar!


Staf: Aihhhh, panjangnya rambut!

Aku: Errr... Kenapa cik? Kalau rambut panjang, ilmu tak masuk otak ka?

Staf: .........

Aku: Ini surat tawaran (hulur kepada staf)

Staf: Ohhhh, ingatkan student degree tadi...



Ya, aku tahu hukum universiti tersebut yang tidak menggalakan pelajar lelaki berambut panjang. Nak menyuruh aku pulang dahulu, pergi gunting rambut dan datang semula keesokan harinya semata-mata hanya untuk sekeping kad?


Jgn haraplah.


Universiti itu aku akui, memang sering menggunakan sistem membuat kesimpulan terlebih dahulu dari menyelidik/bertanya.

Dan semestinya sistem ini hanya digunakan terhadap pelajar....

Ayat terakhir staf itu pun agak mencuit hati aku. Rasa nak sahaja membalas:
"cik.....pelajar diploma, degree, master ka sama sahaja. Yang bezanya ialah tahap pembelajaran/pengajaran. Jgn membuat kesimpulan berdasarkan penampilan."



Tapi kalau bersuara lagi, mmg aku takkan dapat kad.





20060624

sekotak hidup mulia

hari ini masih seperti semalam, hujan sepanjang hari.
aku hanya terperap di rumah seperti biasa.
sedang aku asyik termenung di tingkap, satu memori lama tiba-tiba bermain di fikiran aku.
memori tentang seorang rakan aku yg meninggal akibat nahas jalan raya ketika hujan.
memori tentang kehilangan. hmmm
---------------------------------------------------

semenjak dari kecil lagi aku suka berfikir tentang situasi ini.
situasi bagaimana untuk bersedia menghadapi kehilangan.

lupakan ttg kehilangan(kebendaan). itu terlalu bersifat sementara.

ada (kehilangan) yg lebih penting dari itu.

aku suka membayangkan bagaimana perasaan seorang rakan yg sedang duduk di sisi katil rakannya yang terlantar, membilang detik nafas akibat sakit kanser(ini satu dari contoh yg paling selalu aku bayangkan).

Apa yg sedang difikirkan oleh rakan yg sihat itu? Sekiranya mereka berdua adalah rakan karib, yg berkongsi (minat, kecenderungan, ketika-ketika, perasaaan), ini adalah masa yg terlalu sakit untuk dilalui, sadis untuk difikirkan, sayu untuk diperkatakan. Untuk memulakan saat/hari pertama kehilangan itu, tidak semua manusia mampu dan terbukti tidak semua manusia mampu.

Aku yakin aku tidak mampu, terus terang aku nilaikan diri aku.

Airmata dan raungan mmg adalah mudah, cukup utk menyampaikan kesakitan 'kehilangan' ini, tetapi aku yakin ia belum cukup sempurna utk menyampaikan kehilangan dalaman yang dirasai oleh hati dan akal.

Terlalu banyak perasaan(suka,duka,girang,pilu dsb)yg di tanggung oleh hati.

Tak terkira ketika/memori yg dirakam akal.

Bagaimana kita hendak berdepan dgn keadaan yg sebegini tinggi nilainya?

Adakah kita telah cukup bersedia dgn persediaan-persediaan kita?

Tapi ada satu yg aku cukup pasti, kehilangan membuatkan kita akan lebih bersifat mengekalkan dan menghargai.

Sedaya upaya aku mengekalkan keadaan/ketika/tinggalan dari kehilangan itu.

Setingginya aku menghargai perilaku/ketika/budibicara dari kehilangan itu.

Dan permulaan hidup kita dari kehilangan itu akan lebih bermakna/beerti kerana kita sedang memikul satu sejarah yg akan menjadikan kita lebih bersedia menerajui hidup.

Cubalah bangkit berdiri dan berjalan, janganlah kita tersungkur selamanya.

dan biarkanlah air mata itu mengalir pada ketikanya. biarkan, kerana ianya hanyalah sementara.


dan aku tujukan catatan ini kepada kesemua insan yg pernah kita kenali yg telah pergi selamanya.....sebagai perhargaan yg tak terhingga.

20060623

Pra Perpisahan

sehari suntuk aku menghabiskan masa dgn mendengar lagu ini. (disebabkan hujan sepanjang hari, jadi aku tak dapat keluar) Lagipun dari menghabiskan masa berseorangan di luar, ada baik nya aku duduk di rumah, dan membiarkan telinga aku kebas mendengar lagu ini.
Terima kasih Cursive. Kurang sket sakit kepala aku harini.
Ini juga mungkin juga sebagai satu persediaan.

The Farewell Party

"Bon Voyage"
And promptly he hung up the phone
There was a doorbell ringing
So he snuck out onto the terrace
He said "If these were my last words,
would they even make print?
If all I had to say was simply over said
by those old heretics."
These words are counterfeit
Xeroxed off of memory
And no one's listening
Hey

Twilight dawns
All the champagne is gone
All that's left is left behind
Doorbells, still life
Hey

"Since you're leaving
was it a hollowed out heart?
It seems like you've been searching for some wordly position.
Somewhere you can curl up in a little ball."

It seems the world collapses
In the mother's womb
The place of birth
Where we're all condemned
It's the warm, sad, jaded end
Starving for salvation on a terrace
Drunk, tired, and alone
Farewell dead skin

These words are second-hand
They're dry
They're cracked-plastic lies
They're cheap old whores
That wasted their lives
In search of the warmest womb

20060622

Rasakan ( yang tersembunyi, yang tercari )

lokasi:perhentian bas.

tengah hari.berdiri di situ seorang lelaki buta(dgn beg-beg plastik yg sarat dgn barang-barang harian rumah) dan seorang pelajar(dgn beg sekolah yg digalas) yg berumur 9 tahun.
Kedua-duanya seperti ingin melintas jalan. Terdesak untuk melintas jalanraya yg sibuk. Ini adalah situasi yg normal yg dapat dilihat setiap hari oleh anda yg sedang memandu/menaiki bas@teksi/menunggang basikal/berjalan kaki.

Sekiranya anda berada di situ, dan tiba² dorongan rasa untuk 'membantu' timbul, siapakah yang pertama sekali akan anda pilih untuk dipimpin menyeberangi jalan.
Maaf ya, memilih untuk memimpin kedua-duanya sekali adalah jawapan/alasan yg kurang bernas. Anda bukannya ahli trafik yg mempunyai kuasa/pengaruh untuk memberhentikan kenderaan² yg sedang bergerak laju (ingat! Lori!). Memimpin kedua-dua org yg mempunyai tahap 'kematangan' yg berbeza adalah sukar. Tidak perlu anda memberikan jawapan/alasan yg paling 'bermoral tinggi/akhlak' kerana ianya adalah sangat tidak praktikal.

Ok, anda dgn jawapan anda. Aku dgn jawapan aku dan juga logiknya.

Aku memilih untuk memimpin org buta itu dahulu, bukan kerana kekurangannya(buta), tetapi ianya sebagai satu 'rancangan jangka panjang'.
Dengan memilih untuk memimpin org buta tersebut(pada masa yg sama, aku boleh menyuruh pelajar itu bersabar menunggu gilirannya)aku secara jelas dan tepat dapat 'mendidik/menanam/mendorong' pelajar tersebut yg baru berumur 9 tahun menjadi seorang yg 'berguna dan sesuai' pada masa hadapan. Dengan melihat satu 'peristiwa' membantu org melintas jalan, pelajar itu akan memperolehi input visual jangka panjang yg akan sentiasa tersimpan diakalnya. Proses ini dinamakan pembelajaran melalui pengalaman.

Berbalik kpd pelajar itu, aku tidak memilihnya kerana ada rasionalnya. Pertama, aku ingin dia melihat 'peristiwa' tadi sebagai 'input visualnya'. Kedua, aku tidak mahu dia membesar menjadi seorang yg ingin diutamakan/dipilih ketika berada didalam 'konflik membuat keputusan/pemilihan'.

Itu adalah salah satu diantara beberapa situasi yg telah aku fikirkan mampu untuk didalam mendorong/membentuk/mendidik seseorang untuk menjadi 'sesuai dan berguna' didalam kehidupannya.

Ibubapa aku pernah berpesan kepada aku suatu masa dahulu:
" Keistimewaan seseorang manusia adalah pada ketika beliau tahu untuk menjadi seseorang yg berguna. Berguna tidak hanya terletak pada kecemerlangan pendidikannya "

hmmm, pada mulanya aku seperti mengambil mudah dan menganggap, sekiranya aku memperolehi pendidikan yg secukupnya(maaf ya, aku tidak menyentuh ttg pendidikan keagamaan),aku secara 'AUTOMATIC' akan menjadi seorang yg berguna. Ternyata silap. Amat sekali.

Konsep 'sesuai dan berguna' memerlukan tahap 'pemahaman' dan nilai 'sensitif' yg tinggi terhadap kemanusian/alam sekeliling/keadaaan.
Anda (ya aku sekali) perlu tahu 'keadaan/suasana' yang memerlukan anda untuk menjadi 'sesuai/berguna'. Keadaan² ini jika anda menilai dgn teliti, ianya kerap berlaku didalam kehidupan harian.

Contoh² keadaan: pertengkaran diantara 2 rakan, kenderaan yg ingin memasuki lorong laluan anda, berada dimeja makan yg penuh dgn sisa makanan pengguna sebelumnya, rakan pejabat/sosial memerlukan pertolongan anda yg baru sahaja pulang dari pejabat/sekolah, senarai barangan yang hendak dibeli ketika status kewangan anda baru pulih, peniaga² yg datang mempromosikan barangan ketika anda sedang menjamah makanan.

Ini hanya sebahagian contoh daripada realiti yg berlaku. Ini juga hanya contoh yang belum mencapai tahap kritikal di dalam realiti.

Pelbagai cara/perilaku dapat digunakan didalam mengaplikasikan konsep 'sesuai dan berguna' ini. Fleksibel, peka(ini aku rasa yg paling penting), sederhana adalah antara beberapa cara yg aku fikirkan mampu merealisasikan konsep ini (sebenarnya banyak lagi cara, tetapi maaf ya aku bukan Dr Fadilah Kamsah)Dan aku juga bukan menulis untuk memberi penyelesaian kepada apa-apa situasi. Harap jelas.
Aku masih mencari/memikir segala kemungkinan/penyelesaian realiti.

Ok, didalam proses kearah 'sesuai dan berguna', aku hentikan dulu catatan setakat ini.

tidak perlu menulis panjang, kerana aku bukan cuba untuk membuktikan apa-apa.

ini hanya proses hidup aku.

mencari kegembiraan radikal




















awan. awan biru.
adalah sesuatu yg sukar digambarkan keadaan mu.
pernah aku tertanya mengapa aku tidak sahaja berada didalam pelukan mu.

awan. awan biru
melambai-lambai kepada aku, mengajak aku
untuk kembali terus merenung dan merindui nya
walaupun aku sedar, jarak dan ukuran(kemampuan terhad) yg aku alami.
tidak terdaya aku memenuhi hasratmu.

awan. awan yg biru
tidak pernah tercungap untuk bersama aku,
sekalipun aku sentiasa merungut untuk memperolehi sesuatu yg lebih baik, sempurna.

awan. awan biru
tiada ketika yg pernah disesali mu untuk memberi harapan,
kepada aku yg sentiasa hilang dalam mencari erti,
pelbagai erti.

awan. awan biru
adakah kau tahu yg aku telah merindui mu. sebanyak yg mungkin.
sekerasnya aku ingin jatuh dan longlai di dalam kedinginan mu.

awan. awan biru
ketika ini aku telah melepaskan pergi 'nyawa' ku untuk bersama mu
kau bimbinglah 'nyawa' ku, belailah 'nyawa' ku..
tunaikan lah permintaan dari aku, seorang yang lumpuh hati dan perasaan ketika ini.



20060618

Rasakan ( yg terpampang, yg terkandas)

Sebagai permulaan, aku memilih utk menulis pasal keinginan.

Jgn ingat kecenderungan keinginan terhadap hubungan seks. oh tidak buat masa ni aku nak menulis pasal nie. Dan aku bukannya seorg yg ahli utk menulis/menghurai walaupun sesemangnya setiap manusia mempunyai hak/kewajipan/perasaan untuk mempersembahkan konteks hubungan seks ini.

bagi aku, ini(keinginan) adalah satu perilaku yg mampu mendorong individu menjadi sesuatu/seseorang yg diluar dugaan/kemampuan/jangkaan(pilih satu yg anda suka), menjadi kepada yg lebih baik/positif atau menjadi lebih kepada sesuatu yg tidak digemari, ingin dihindarkan atau di'padam'kan oleh sekelilingnya.(rakan sekerja yg berperasaan 'akulah yg terpandai', rakan sosial yg berpendirian 'jgn dekat dgn aku kalau kau tak setanding/secantik/se'mahal' aku').

aku pernah memiliki 'dilemma' ini. Untuk terus ke hadapan, tetapi tidak kepada kemusnahan diri sendiri amat memerlukan satu kajian yg analitikal. Tumpuan terhadap faktor-faktor seperti kesan adaptasi yg 'berlebihan' kpd diri, perubahan mendadak penampilan, penstrukturan semula jadual memerlukan satu 'kaedah'/jalankerja yg mampu bertindak secara 'keseluruhan' dan bukan hanya berfungsi dalam sudut-sudut tertentu.

anda sebagai empunya karektor diri berhak memilih dan menetapkan 'kaedah' ini. halatuju keinginan anda(termasuk aku) akan bertitik tolak dari sini. Dalam memilih 'kaedah' yg sesuai( jgn bertoleransi sekiranya kaedah itu bersifat rejim tetapi efektif), anda mempunyai peluang untuk bertanya dan mendengar, berhubungbalas dgn individu yg mempunyai kesan/hasil/keputusan terhadap 'kaedah' yg dipilih. Ini hanya lah sebagai input/respon tambahan kepada anda(aku juga)

menarik tetapi kadang-kala sakit hati.

aku ingin berubah( atas dasar keinginan). harap anda juga begitu.

eXTReMe Tracker