20130630

Identiti


Setiap yang bernafas pasti mempunyai paling tidak satu nama. Kecilkan konteks, manusia. Kita dilahirkan dengan nama yang telah dipilih, seperti agama. Kita sebelum mencapai umur yang sesuai untuk memilih dan menukar, harus menggunakan nama itu sama ada rela atau tidak. Kejadian ini, yang menentukan identiti kita, telah diberikan kepada orang lain sebagai tanggungjawab mereka.

Semakin kita meningkat dewasa, secara sedar atau tidak, kita akan memperolehi lebih daripada satu nama. Ia kebiasaannya berlaku akibat daripada perilaku, kecacatan atau kejadian berkait rapat dengan kita. Adakalanya nama yang diberi, sesuai malah lebih menarik daripada nama asal. Ada yang mengambil tempoh lama sebelum kita menjadi selesa dengan nama itu.

Kita berhak untuk menggunakan apa jua nama yang dirasakan sesuai, kerana kita menentukan bagaimana untuk dikenali oleh orang lain. Itu hak kita.

Walau apapun nama yang dipegang engkau sekarang, ingatlah bahawa nama asal kita itu adalah nama yang dipilih dengan penuh kepercayaan dan rasa kasih sayang. Bawalah ke mana saja nama kamu kerana itu sajalah harta peninggalan ibu bapa yang paling dekat dengan kita.


Berbanggalah dengan nama kamu.



20130629

Putar

Kita bangun dari tidur, bermula dengan dua keadaan. Antara berbangga dengan apa yang akan berlaku pada hari itu dan masa depan atau merasa musnah terhadap peristiwa dan usaha yang berlaku semalam.

Apa yang akan terjadi, adalah apa yang kita pilih untuk berlaku.

Dan apabila engkau menangis pada ketika itu, bukan beerti engkau lemah, jauh sama sekali.

Itu menandakan bahawa engkau telah penat untuk menjadi kuat.

Jangan pernah berhenti untuk terus berjuang terhadap apa yang engkau percaya dan sayang.








eXTReMe Tracker