20130715

Pilihan



Aku menulis bukan kerana nama, setakat ini. Bukan dalam masa terdekat, setahu aku.
Apa yang ada di sini, beribu perkataan hanya sebagai penganti perasaan yang wujud, pernah hilang, kembali ada dalam hidup aku.
Kita hidup dalam pelbagai rasa. Sama ada manis, sama ada pahit, itu semua adalah apa yang akan terus dirasai.

Aku mencari ketenangan, aku pasti kamu juga begitu.

Ketenangan di dalam akal dan hati adalah suatu kurniaan yang harus dicapai kita sebagai manusia.
Kita terlalu lama hidup dalam keributan dan kepantasan dunia.
Pernah terdetik untuk kita bertenang? Mengapa kita sukar untuk bertenang?
Adakah kerana mengejar masa?
Apa yang aku tahu dan aku belajar, masa itu satu misteri.
Terlalu mulia dan kejam dalam waktu yang sama.

Ketenangan itu satu nikmat untuk kita. 


Cuba bertenang walau seketika, demi diri sendiri.


20130709

Erat


"Aku terjaga dalam keresahan malam, dalam takut mencari cahaya. Aku melihat dalam samar niatmu yang suci. Selamatkan aku yang kotor ini."








Pimpinlah aku pulang. Aku tahu belum terlambat.

20130707

Klasik


Tak pasti apa yang patut dirasa, sama ada terharu atau kecewa.
Banyak entri Puncakuasamati diambil bulat-bulat dan dijadikan entri sendiri.
Penulis Blog ini pasti ada jawapan tersendiri.
Nah aku bagi satu contoh entri blog itu.
Lepas tu baca entri ini pula.

*TERKINI
Okay tuan punya blog tu dah tutup blog selepas aku buat entri ni. Apa motif?
Okay ni yang sempat aku dapat dari blog tu.



























Tak cool bro guna idea org lain.

Kekabu


Tutup mata dan bayang memori baik kerana yang ada pada waktu itu, kita juga. Bukan orang lain.



Persetankan selain kemuliaan.

Seluk


Kebiasaannya,
Kita cenderung untuk membuat apa saja terdaya lalu berharap agar yang tersayang akan berada bersama di sisi untuk satu hari lagi, hari demi hari.

Realitinya,
Kita juga membuat perkara, di mana mengakibatkan hari demi hari yang diharapkan itu, berkurangan demi hari.

Ambil satu balang, masukkan satu syiling setiap kali kamu membuat kebaikan pada hubungan cintamu. Kemudian, keluarkan satu syiling setiap kali kamu memperjudikan hubungan itu. Sampai satu masa, kira jumlah yang ada di dalam balang itu.



Jangan terkejut dengan jumlah itu.

20130706

Tercungap


Engkau tahu betapa penatnya berlari dalam langkah yang kecil?.
Cuba melemaskan diri dalam peluh sendiri, berharap kepuasan akan terbit.
Di dalam kelajuan meninggalkan segala sekatan.
Mengejar pelangi kaku.

Engkau tahu betapa hancurnya hati apabila berhenti daripada berlari?
Menoleh ke belakang dan mengetahui apa yang silap.
Dalam nafas yang tercungap memandang kembali ke depan.
Berjalan lesu pulang ke realiti.






Tembung


Cikgu aku pernah cakap

"Engkau baca 10 buku, aku pula baca 10 buku yang berlainan dan kita di sini mengunakan buku-buku itu untuk bercakap tentang satu topik yang sama."

Dia senyum, nyalakan rokok dan keluar dari studio.

Sebut namaku, belai resahku.


Aku tidak berniat menyamakan di antara kita segala duka
Cuma aku takut
Takut jika hati ini tidak lagi dipedulikan
Dibiar lemah terbengkalai.






Akhirnya aku mementingkan diri sendiri.
Memusnahkan diri sendiri.

20130705

Rentap



Kalau Tuhan cabut segala apa yang aku rasa sekarang supaya aku tenteram mencari pedoman, dalam sekelip mata Dia boleh buat. Kita boleh minta apa saja dari Dia. Kalau itu yang aku minta, mungkin akan sedikit senang hidup aku. Rasa kosong boleh membuatkan aku tidak lagi terus cuba mencipta ikatan secara terpaksa.

Tuhan tahu, bukan itu yang aku perlukan.

Dia tahu aku perlu melangkah ke depan dengan sepenuh kepercayaan kepadaNya. Dia percaya padaku, dan aku juga harus percaya kepadaNya.


Itu yang kurang pada diriku sekarang.




Langkah pertama. Entah kali keberapa.


20130704

Titis





"Kerana kesilapan yang terus berlarutan, hati lara merayu biarlah ia dibebaskan jangan dikenang"






Terasing





"Apabila menyintai adalah cara yang paling menyakitkan untuk mengenali hati itu"




 Ribut.




20130703

Terbit






"Manusia takut pada kebaikan yang tidak menyebelahi mereka.

Kebaikan perlu wujud, dalam apa jua cara. Seperti kita yang cuba mempertahankan nafas.
Mulakan sesuatu, atas nama kebaikan, demi nilai dirimu.


20130702

Bernyala

Bagaimana individu yang mampu menguruskan perasaan rindu secara tenang, melakukannya? Perasaan yang diketahui semua seolah ribut dan secara logiknya juga mampu membuat dada seakan mahu meletup.

Engkau tahu mengapa engkau merindui seseorang. Engkau tahu bagaimana perasaan rindu terbina kerana adanya memori dan ikatan yang telah terjalin. Engkau juga tahu mengapa perasaan rindu dibenarkan menguasai dirimu.

Adakah individu yang tenang menguruskan perasaan rindu ini mempunyai kelebihan yang kebanyakkan kita tidak ketahui? Atau kerana mereka terlalu sibuk dengan perihal lain lantas perasaan rindu itu hanya pada permukaan?

Tentunya tidak sama sekali.

Mereka yang mampu menguruskan perasaan rindu dengan tenang adalah kerana mereka sedar bahawa perasaan ini memerlukan penghayatan yang tinggi. Dengan itu, mereka tidak pernah berhenti merindui orang yang mereka sayang walaupun ada di depan mata mereka.
Itu adalah salah satu penghayatan tertinggi untuk manusia yang berjiwa.



Mulalah merindui orang yang engkau sayang ketika dia/mereka masih di sisi sebelum engkau terpaksa melakukannya seorang diri.

20130701

Jarak

Aku bangun dalam kekesalan.
Satu kekesalan yang tidak akan pecah seribu jika jatuh. Kekesalan sebesar awan gelap, jika dibawa arus kuat mampu menghitamkan laut biru.

Bagaimana untuk menghilangkan rasa kesal?

Susah.

Aku tidak mampu untuk menghilangkan rasa itu kerana ia adalah perkara yang perlu ditempuh, untuk jangka masa lama. Ia adalah hukuman, benar. Atas kesilapan sendiri, benar.

Apa yang boleh dibuat dalam mengharungi kekesalan?

Tidak pasti.

Lari. Sekuat hati.
Membiarkan segala kekesalan turun dari otak menjadi degupan jantungku.




Aku hidup dalam penuh kekesalan dan aku akan berlari.



Semulajadi

Apa akan terjadi sekiranya pada suatu hari, kita hilang kepercayaan terhadap sesuatu perkara yang pernah menenangkan kita selama ini?

Banyak yang akan terjadi sebenarnya.

Tenang saja, jika engkau pernah mempercayai, engkau pasti akan kembali mempercayai.


20130630

Identiti


Setiap yang bernafas pasti mempunyai paling tidak satu nama. Kecilkan konteks, manusia. Kita dilahirkan dengan nama yang telah dipilih, seperti agama. Kita sebelum mencapai umur yang sesuai untuk memilih dan menukar, harus menggunakan nama itu sama ada rela atau tidak. Kejadian ini, yang menentukan identiti kita, telah diberikan kepada orang lain sebagai tanggungjawab mereka.

Semakin kita meningkat dewasa, secara sedar atau tidak, kita akan memperolehi lebih daripada satu nama. Ia kebiasaannya berlaku akibat daripada perilaku, kecacatan atau kejadian berkait rapat dengan kita. Adakalanya nama yang diberi, sesuai malah lebih menarik daripada nama asal. Ada yang mengambil tempoh lama sebelum kita menjadi selesa dengan nama itu.

Kita berhak untuk menggunakan apa jua nama yang dirasakan sesuai, kerana kita menentukan bagaimana untuk dikenali oleh orang lain. Itu hak kita.

Walau apapun nama yang dipegang engkau sekarang, ingatlah bahawa nama asal kita itu adalah nama yang dipilih dengan penuh kepercayaan dan rasa kasih sayang. Bawalah ke mana saja nama kamu kerana itu sajalah harta peninggalan ibu bapa yang paling dekat dengan kita.


Berbanggalah dengan nama kamu.



20130629

Putar

Kita bangun dari tidur, bermula dengan dua keadaan. Antara berbangga dengan apa yang akan berlaku pada hari itu dan masa depan atau merasa musnah terhadap peristiwa dan usaha yang berlaku semalam.

Apa yang akan terjadi, adalah apa yang kita pilih untuk berlaku.

Dan apabila engkau menangis pada ketika itu, bukan beerti engkau lemah, jauh sama sekali.

Itu menandakan bahawa engkau telah penat untuk menjadi kuat.

Jangan pernah berhenti untuk terus berjuang terhadap apa yang engkau percaya dan sayang.








eXTReMe Tracker