20130630

Identiti


Setiap yang bernafas pasti mempunyai paling tidak satu nama. Kecilkan konteks, manusia. Kita dilahirkan dengan nama yang telah dipilih, seperti agama. Kita sebelum mencapai umur yang sesuai untuk memilih dan menukar, harus menggunakan nama itu sama ada rela atau tidak. Kejadian ini, yang menentukan identiti kita, telah diberikan kepada orang lain sebagai tanggungjawab mereka.

Semakin kita meningkat dewasa, secara sedar atau tidak, kita akan memperolehi lebih daripada satu nama. Ia kebiasaannya berlaku akibat daripada perilaku, kecacatan atau kejadian berkait rapat dengan kita. Adakalanya nama yang diberi, sesuai malah lebih menarik daripada nama asal. Ada yang mengambil tempoh lama sebelum kita menjadi selesa dengan nama itu.

Kita berhak untuk menggunakan apa jua nama yang dirasakan sesuai, kerana kita menentukan bagaimana untuk dikenali oleh orang lain. Itu hak kita.

Walau apapun nama yang dipegang engkau sekarang, ingatlah bahawa nama asal kita itu adalah nama yang dipilih dengan penuh kepercayaan dan rasa kasih sayang. Bawalah ke mana saja nama kamu kerana itu sajalah harta peninggalan ibu bapa yang paling dekat dengan kita.


Berbanggalah dengan nama kamu.



No comments:

eXTReMe Tracker