20130702

Bernyala

Bagaimana individu yang mampu menguruskan perasaan rindu secara tenang, melakukannya? Perasaan yang diketahui semua seolah ribut dan secara logiknya juga mampu membuat dada seakan mahu meletup.

Engkau tahu mengapa engkau merindui seseorang. Engkau tahu bagaimana perasaan rindu terbina kerana adanya memori dan ikatan yang telah terjalin. Engkau juga tahu mengapa perasaan rindu dibenarkan menguasai dirimu.

Adakah individu yang tenang menguruskan perasaan rindu ini mempunyai kelebihan yang kebanyakkan kita tidak ketahui? Atau kerana mereka terlalu sibuk dengan perihal lain lantas perasaan rindu itu hanya pada permukaan?

Tentunya tidak sama sekali.

Mereka yang mampu menguruskan perasaan rindu dengan tenang adalah kerana mereka sedar bahawa perasaan ini memerlukan penghayatan yang tinggi. Dengan itu, mereka tidak pernah berhenti merindui orang yang mereka sayang walaupun ada di depan mata mereka.
Itu adalah salah satu penghayatan tertinggi untuk manusia yang berjiwa.



Mulalah merindui orang yang engkau sayang ketika dia/mereka masih di sisi sebelum engkau terpaksa melakukannya seorang diri.

No comments:

eXTReMe Tracker