20060624

sekotak hidup mulia

hari ini masih seperti semalam, hujan sepanjang hari.
aku hanya terperap di rumah seperti biasa.
sedang aku asyik termenung di tingkap, satu memori lama tiba-tiba bermain di fikiran aku.
memori tentang seorang rakan aku yg meninggal akibat nahas jalan raya ketika hujan.
memori tentang kehilangan. hmmm
---------------------------------------------------

semenjak dari kecil lagi aku suka berfikir tentang situasi ini.
situasi bagaimana untuk bersedia menghadapi kehilangan.

lupakan ttg kehilangan(kebendaan). itu terlalu bersifat sementara.

ada (kehilangan) yg lebih penting dari itu.

aku suka membayangkan bagaimana perasaan seorang rakan yg sedang duduk di sisi katil rakannya yang terlantar, membilang detik nafas akibat sakit kanser(ini satu dari contoh yg paling selalu aku bayangkan).

Apa yg sedang difikirkan oleh rakan yg sihat itu? Sekiranya mereka berdua adalah rakan karib, yg berkongsi (minat, kecenderungan, ketika-ketika, perasaaan), ini adalah masa yg terlalu sakit untuk dilalui, sadis untuk difikirkan, sayu untuk diperkatakan. Untuk memulakan saat/hari pertama kehilangan itu, tidak semua manusia mampu dan terbukti tidak semua manusia mampu.

Aku yakin aku tidak mampu, terus terang aku nilaikan diri aku.

Airmata dan raungan mmg adalah mudah, cukup utk menyampaikan kesakitan 'kehilangan' ini, tetapi aku yakin ia belum cukup sempurna utk menyampaikan kehilangan dalaman yang dirasai oleh hati dan akal.

Terlalu banyak perasaan(suka,duka,girang,pilu dsb)yg di tanggung oleh hati.

Tak terkira ketika/memori yg dirakam akal.

Bagaimana kita hendak berdepan dgn keadaan yg sebegini tinggi nilainya?

Adakah kita telah cukup bersedia dgn persediaan-persediaan kita?

Tapi ada satu yg aku cukup pasti, kehilangan membuatkan kita akan lebih bersifat mengekalkan dan menghargai.

Sedaya upaya aku mengekalkan keadaan/ketika/tinggalan dari kehilangan itu.

Setingginya aku menghargai perilaku/ketika/budibicara dari kehilangan itu.

Dan permulaan hidup kita dari kehilangan itu akan lebih bermakna/beerti kerana kita sedang memikul satu sejarah yg akan menjadikan kita lebih bersedia menerajui hidup.

Cubalah bangkit berdiri dan berjalan, janganlah kita tersungkur selamanya.

dan biarkanlah air mata itu mengalir pada ketikanya. biarkan, kerana ianya hanyalah sementara.


dan aku tujukan catatan ini kepada kesemua insan yg pernah kita kenali yg telah pergi selamanya.....sebagai perhargaan yg tak terhingga.

1 comment:

fictionita said...

true. meraung, menangis takkan mampu menenangkan isi hati dan akal. if only the person that i care about would understand this.

eXTReMe Tracker