20060729

Bedah siasat

Menarik.

Ini adalah kata kunci untuk proses hidup aku selama 10 hari yang lepas.
Bermula daripada kejutan kepada rasa tidak sanggup, bergerak daripada belas kasihan kepada keselesaan, ini adalah antara beberapa perilaku dan rasa (secara umum) yang aku nikmati.
Ya, mmg perlu dinikmati, bukan disesali, kerana setiap yang berlaku ada harganya, dan aku tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi pihak yang beruntung didalam memperolehi 'pengalaman emas hidup'.


Tinggi harganya yang aku bayar untuk mendapat pengalaman ini.


Jelas, kepuraan adalah satu perilaku normal.


Pada saat aku sedang menikmati keuntungan ini, aku juga perlu berpura-pura.
Permulaan kepada kemurungan/tidak senang/perubahan aku juga adalah daripada perilaku kepura-puraan.
Dan gerak kerja yang perlu aku buat untuk mengakhirinya juga adalah menerusi kepura-puraan.


Adil? Tentu sekali tidak. Tetapi pedulikan.


Untuk tempoh 10 hari yang lepas juga, aku menerima usul dan susur keluar yang pelbagai. Kesemuanya menarik dan baik, mengikut pengalaman dan pemikiran tersendiri.
Terima kasih.
Tiada apa yang perlu di tinggalkan atau di kecualikan, kerana kesemuanya benar belaka, cuma pengaplikasiannya memerlukan komitmen yang berbeza.



Sekarang, ya sekarang
Aku akan bangkit.
Jangan ditanya berapa lama tempoh proses ini.


2 comments:

blokbatu said...

Aku sibuk.
Dan akan mula membaca Mitos sisipus.
Perihal dengan nasib.
Lawan atau tidak? Nasib aku rasa tak akan menjadi takdir jikalau ia belum tersurat. Yang dah tersurat, kita jalani. Aku rasa menjalani nasib, adalh menjalani kehidupan.

Anonymous said...

im glad everything's going well for you this last week :)

eXTReMe Tracker