20071120
zon bebas had laju
anggukan tanda setuju adalah yang aku harapkan..
sgt mengharap..
*Kes Pertama
Keadaan trafik di Federal dari arah Kuala Lumpur menuju ke Bangsar dsb. Sebelum anda sampai di susur masuk ke cheras dan jln kelang lama, anda perlu bersusah payah menempuh kesesakan beratus-ratus meter disebabkan oleh.....ermm oleh apa?
OLEH KEPANDAIAN PEMANDU-PEMANDU BAS YANG MEMBERHENTIKAN BAS SESUKA HATI. Wahai kaum pemandu bas sekalian, cubalah memandu secara tampan akal, bukan tampan perasaan. Mengapa anda perlu membuat kami mengasihani ketidakupayaan berfikir anda, wahai pemandu-pemandu bas.
*Kes Kedua
Pemandu-pemandu(lihat: wanita berkarier yang tiada handsfree yang sedang bergayut, abg yang baru putus tunang, pasangan kekasih yang memasuki minggu kedua bercinta, penghirup udara petang Kuala Lumpur dgn menaiki kereta mewah)yang gemar memasuki lorong kanan setelah terperangkap didalam kesesakan, namun memandu secara tenteram dan harmoni tidak melebihi 60km sejam.
Apa yang cuba para pemandu ini dibuktikan??
Mengapa perlu membiarkan pemandu di belakang anda bersenam kedua-dua belah kakinya setiap saat disebabkan kelajuan anda????
Tolonglah sedar bahawa lorong paling kanan bukanlah lorong yang paling mulia atau lorong untuk org yang berakhlak/bermoral, dan lorong kiri bukanlah lorong ke neraka atau lorong bagi pengikut syaitan.
Mengapalah hobi aku memandu kereta.......
20070921
plastik
Aku, sehingga kini masih tertanya-tanya,
Bagaimana kita, iaitu manusia yang berakal dan beremosi, berunding dengan kenangan.
Kenangan yang terbina secara manis mahupun pahit.
Setiap individu berunding dengan cara tersendiri, dalam tempoh yang berbeza.
Kepada yang telah berjaya, helaan nafas lega mungkin satu-satunya perilaku untuk mengambarkan penat-lelah anda.
Yakin dengan kejayaan anda??
Bagaimana sekiranya kenangan itu secara spontannya muncul, pada ketika kita di dalam keadaan tenteram/tidak bersedia. Ianya muncul apabila ada unsur luar( rakan, keluarga, rakan pejabat, dan sebagainya) membuat sesuatu yang seakan-akan seiras dengan kenangan yang telah berjaya kita surutkan.
Bahagian ini yang membuat aku tertanya-tanya..
Apa dan bagaimana tindakbalas anda terhadapnya…….??
Serta merta melayani kenangan tersebut sekerasnya?
Cuba menghadang kenangan meluas dari sempadannya?
Atau
Berpura-pura………………..????
Berpura-pura terhadap pasca kenangan dengan menyatakan secara terbuka bahawa anda tidak terjejas, fizikal mahupun emosi. SEBALIKNYA, di dalam fakulti perasaan anda, peristiwa tersebut benar-benar menjatuhkan blok batu kenangan lampau. Ini membuatkan anda sayu/hiba/sedih/pilu.
Merasa tersekat?
Tersekat samada untuk menghargai peristiwa yang dijana oleh unsur baru ATAU menjarakkan diri dari terlibat dengan peristiwa itu.
20070920
selamatkan bulan berpuasa
bukannya tiada masa, cuma tiada daya untuk melangkah.
harapan, ucapan ini adalah pembuka ruang kembali.
"selamatkan bulan berpuasa anda"
20061219
Kembara Jalan
Dan aku juga seperti yang lain, akan memaki hamun apabila terjadinya sesuatu konflik di dalam perhubungan watak-watak siri ini, dan mempersoalkan mengapa perlunya terjadi keputusan yang sedemikian(seseorang terpaksa berundur atau melepaskannya), dan mengeluh apabila hubungan yang tegang dan tidak berjalan lancar akan berakhir dengan peluang kedua.Aku mengeluh(mungkin juga anda) kerana peluang kedua juga akan berahir dengan sejarah yang sama. Pengulangan.
Kini sedang aku tekun utk menghabiskan dvd musim ketiga, aku melihat dan mencuba mengadaptasi tentang signifikannya proses pengulangan ini, yang merupakan alur kepada kejayaan/kenteteraman/keharmonian/kematangan hidup kita. Sebelum aku mencatat tentang apa yang dapat kita perolehi dari proses pengulangan ini, aku lebih enak menghurai mengapa proses pengulangan ini berlaku, dan terus berlaku.
Hidup ini berjalan tanpa sekatan, dan sekuat mana kita cuba menghentikan atau memperlahankannya, ia tetap tidak akan berlaku. Keputusan-keputusan yang pernah dan akan kita buat/pilih tidak selalunya tepat dan munasabah. Kadangkala, ianya samarata, dan kadangkala tidak semua lega dengannya.
Mengapa?
Kerana keputusan-keputusan tersebut dibuat dan ditangani pada ketika peringkat umur yang tidak sesuai. Kematangan setiap manusia terbukti berbeza dan reaksi terhadap keputusan juga begitu.Berbeza.
Adakalanya, tidak semua keputusan itu mudah diterima oleh kita, pihak kedua atau ketiga. Akan tetapi kita harus percaya bahawa akan muncul lagi ‘pengulangan ketika’ yang memerlukan kita untuk membuat keputusan, dan cubalah untuk tidak membuat kesilapan yang sama dan memperbaikinya. HARUS diingatkan, pengulangan ini bukan hanya wujud untuk hubungan intim sahaja, tetapi untuk kesemua perihal-perihal yang berkaitan dengan/dalam hidup manusia.
Selagi kita masih belum mampu membuat keputusan yang berbaloi/bernilai, selagi itu kita akan mempunyai pengulangan, dan seperti biasa, tempoh kitaran pengulangan bagi setiap manusia berbeza.
Selama ini, ada dua perkara yang aku cukup bersyukur tentangnya, iaitu: dilahirkan ke dunia dan mengalami dunia dibawah asuhan pengalaman ibu-bapaku, dan kini satu lagi perkara yang aku bersyukur untuk menikmatinya. Pengulangan. Aku pasti, seluruh manusia di dunia ini tidak patut dinafikan daripada menikmatinya. Ini adalah anugerah kepada kita, manusia yang penuh dengan kesilapan.
Pengulangan akan terus berlaku, dan kematangan kita akan menitinya dengan sewajarnya.
Aku tidak akan mencatat tentang apa yang dapat kita perolehi dari proses pengulangan ini, kerana….
INI HANYALAH DOKUMENTASI PROSES HIDUP, BUKAN BUKU JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN.
Untuk seketika, ianya selesai disini…
20061112
Kiri dan Kanan
2003
tahun akhir aku sebagai seorang pelajar seni di sebuah universiti tempatan.
Bukan aku nak mencatat perihal proses-proses kerja seni aku disini,
Tetapi
Ada satu peristiwa yang aku rasakan, perlu diberi perhatian.
Hubungkait antara mentaliti + persepsi/observasi + keputusan.
Aku: Baca buku apa tu?
Rakan: Buku pasal contemporary artworks. Bukan baca pun, belek² ja tgk artworks.
Aku: Tgk artworks ja? Tak berminat nak baca apa yg artis² tu tulis pasal proses
mereka sehingga siap artworks?.
Rakan: Arghhh, malas la, baik aku tgk artworks ja,dah cukup menceritakan segala- galanya. Lagipun boleh aku pinjam idea untuk buat artworks aku.
Aku: Hmmm, jalan larangan…..sungguh suci.
Situasi ini aku kaitkan dgn kehidupan biasa seharian.
Masyarakat sering mencari jalan mudah/pintas dalam membuat sesuatu kesimpulan/keputusan.
Gerak kerja ini di antaranya berlaku sewaktu membuat penilaian terhadap seseorang yang asing di dalam komuniti kenalan hidup atau seseorang yang dianggap mampu mencabar/mengugat kesenangan/kestabilan hak.
Mengapa ini berlaku, dan mengapa terus berlaku?
Bukan kelebihan/kepakaran aku untuk menghuraikan sebab lahirnya kewujudan situasi ini.
Tetapi, aku lebih suka menyebelahi/menyokong akan berkembangnya situasi sedemikian.
Mengapa?
Kita selalunya akan melihat, atau tepat lagi telah diajar untuk tidak mempunyai sebarang unsur-unsur/sifat seperti berprasangka/curiga/was-was/paranoid/dendam yang disifatkan sebarang satu elemen yang negatif dalam hidup. Untuk mencantikkan lagi pemahaman sebegini, orang sering berkata “gunalah akal untuk membezakan mana yang baik dan buruk”
Hmm, apa gunanya membezakan, sekiranya kita tidak tahu dimana garis pemisahnya? Bukankah lebih baik kita mempraktikkan kedua-duanya di dalam proses kita mencari titik tengah kedua-dua elemen ini. Ayat yang lebih romantis ialah MENGHARGAI kedua-dua elemen ini. Pada ketika kita sedang berprasangka/curiga/was-was/paranoid, secara tidak disedari kita sedang mendalami erti diri kita sendiri. Rangsangan dari otak dan hati sedang bergelut untuk memenangi keadaan, seterusnya akan diambil perhatian, dimana ia jarang terjadi ketika kita sedang bergembira dan tenang. Bukankah ini perilaku yang sangat indah? Contoh mudah, berapa ramai manusia yang ingin mendekati kesedihan pada ketika mereka sedang bergembira? Tetapi begitu ramai manusia yang sangat-sangat ingin menikmati/mendampingi/dibaluti kegembiraan dikala mereka dikunjungi kesedihan. Manusia sudah jelas tidak adil didalam menghargai perasaan yang lahir mendatangi kita. Bukankah kesedihan dan kegembiraan adalah suatu perasaan pemberian dari Tuhan. Mengapa perlu menafikan salah satu kewujudannya?
Ada yang akan berkata, tidak semua manusia mampu menangani kesedihan sebagaimana dia mampu menangani kegembiraan. Mengapa ini perlu berlaku? Mudah jawapannya, kerana kesedihan telah di anggap sebagai suatu perasaan yang kurang enak/selesa. Tidak pernah terfikir bahawa kesedihan mampu mengubahsuaikan diri kita ke tahap yang lain yang lebih tinggi sebagai seorang manusia?
Kesedihan menjamin kemurungan, tetapi cubalah untuk menghargai detik-detiknya sebagaimana kita menghargai saat-saat kemanisan kegembiraan.
Cukup tentang perihal perasaan.
Berbalik tentang elemen dendam, bagi aku, ini adalah antara saat di mana manusia secara jujur membuat penilaian terhadap kemampuan diri sendiri. Penilaian ini seterusnya mengalami proses mengambil tindakan(pada diri sendiri). Kadangkala drastik, ada jua yang menjalani tempoh yang lama. Tempoh yang drastik tidak selalunya gagal, dan begitu juga tempoh yang panjang tidak menjamin kecemerlangan. Tetapi satu yang pasti, penilaian dan tindakan yang dilakukan adalah merupakan satu gerak kerja yang jujur dan komited oleh seorang manusia. Nafikanlah sekeras dan semahunya, tetapi ini adalah realiti.
“Ambil yang keruh, tapis/saring yang jernih”
Ini proses hidup. Jangan terburu menyelesaikannya.
20061020
Cuci
semoga selamat tercapai saat meraikan bersama org-org yang disayangi dan dikasihkan.
20060919
Jemputan pulang
Cuma, sekarang ini, aku kehilangan punca kuasa:(jalur lebar) untuk aku mengemaskini, mendokumentasikan perihal.
Kadangkala, berhenti seketika didalam sesuatu gerak kerja, mampu membolehkan kita menyaring apa yg harus kekal, dan apa yg harus dijauhkan.
Maaf pada yang menanti,
Jumpa lagi.
20060729
Bedah siasat
Ini adalah kata kunci untuk proses hidup aku selama 10 hari yang lepas.
Bermula daripada kejutan kepada rasa tidak sanggup, bergerak daripada belas kasihan kepada keselesaan, ini adalah antara beberapa perilaku dan rasa (secara umum) yang aku nikmati.
Ya, mmg perlu dinikmati, bukan disesali, kerana setiap yang berlaku ada harganya, dan aku tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi pihak yang beruntung didalam memperolehi 'pengalaman emas hidup'.
Tinggi harganya yang aku bayar untuk mendapat pengalaman ini.
Jelas, kepuraan adalah satu perilaku normal.
Pada saat aku sedang menikmati keuntungan ini, aku juga perlu berpura-pura.
Permulaan kepada kemurungan/tidak senang/perubahan aku juga adalah daripada perilaku kepura-puraan.
Dan gerak kerja yang perlu aku buat untuk mengakhirinya juga adalah menerusi kepura-puraan.
Adil? Tentu sekali tidak. Tetapi pedulikan.
Untuk tempoh 10 hari yang lepas juga, aku menerima usul dan susur keluar yang pelbagai. Kesemuanya menarik dan baik, mengikut pengalaman dan pemikiran tersendiri.
Terima kasih.
Tiada apa yang perlu di tinggalkan atau di kecualikan, kerana kesemuanya benar belaka, cuma pengaplikasiannya memerlukan komitmen yang berbeza.
Sekarang, ya sekarang
Aku akan bangkit.
Jangan ditanya berapa lama tempoh proses ini.
20060717
Valium malam
Tadi aku melawat beberapa blog, dan aku merasakan kebanyakkan penulis blog mempunyai masalah dan situasi yg sama seperti aku, cuma dalam bentuk yang berbeza. Ada sesetengah penulis blog berpendapat, dengan menulis blog, mereka mampu menyelesaikan masalah tersebut, atau lebih cliché, meluahkan permasalahan itu. Pendapat aku, menulis blog hanyalah salah satu cara mendokumentasikan kehidupan, tidak lebih dari itu. Walaupun ia mampu membantu dalam menyelesai/mencurah permasalahan, tapi hanya untuk tempoh yang singkat.
Semalam, 'cara' yang aku maksudkan itu, adalah dengan berborak/meluangkan masa bersama rakan-rakan (mereka adalah bekas rakan serumah). Aku menghabiskan malam aku, berbual kosong yang kadang-kala diselitkan dengan cerita-cerita serius(akan berakhir dengan lawak sinikal). Sudah lama aku tidak berborak, ermm mungkin disebabkan aku tinggal bersendirian dirumah sewa ini, dan mungkin juga disebabkan aku semakin kurang keyakinan untuk berbual. Sejak akhir-akhir ini, aku lebih selesa mendiamkan diri dan berfungsi sebagai pendengar kepada sesuatu topik perbualan(sekiranya aku berjumpa rakan-rakan). Ianya amat selesa, kerana aku hanya perlu menjadi pemerhati dan menjadi penyokong pada masa yang diperlukan oleh sesuatu pihak.
Dengan mendengar perbualan, pada masa yang sama, aku dapat membuat aktiviti lain seperti berfikir/merumus (bukan termenung sambil mengeluh) tentang hidup aku. Topik yang dibualkan, sebolehnya aku akan kaitkan dengan hidup aku, dan cuba mencari sudut yang terbaik untuk dilihat. Kadangkala keputusan proses ini berpihak kepada aku, kadangkala ia memusuhi aku. Ianya normal.
Tetapi
Disebabkan aktiviti aku sebagai pendengar ini jua lah, yang mengakibatkan aku menjadi sukar untuk tidur (malam). Proses fikir/rumus tidak mengambil masa yang pendek, dan mampu meleret sehingga ke atas katil (sebelum melelapkan mata).
Ini yang berlaku kepada aku semenjak sekian lama. (secara kritikalnya semenjak 2 bulan lepas).
Keupayaan aku sukar tidur malam begitu ketara.
Ada yang lantas akan menjawab " Yalah, dah hati tak senang"
Ok, jawapan itu ada benarnya terhadap diri aku. Tepat. Tetapi takkan sepanjang masa/hidup aku perlu berstatus 'hati tak senang'. Itu adalah kurang adil.
Adalah baiknya aku hanya menyembunyikan status tersebut, kerana sekeras mana pun aku memprotes terhadap ia, keputusannya tetap sama. Buang masa!
Sekarang, aku pilih pendekatan berborak/berjumpa rakan sebagai proses menyembunyikan status perasaan aku.
Berborak tentang sesuatu yang 'kosong' lebih baik daripada bertengkar mencari salah silap kehidupan.
Berjumpa rakan yang masih mencari arah tujuan hidup lebih baik daripada mendapat belas kasihan palsu orang yang sedang berada dikemuncak hidup.
Ini hanya dokumentasi proses hidup aku.
Aku tidak perlu menyelesaikan apa- apa.
20060715
Fiksyen Kasih Sayang
Ok, situasi ini adalah fiksyen semata-mata, sekiranya ia ada kena mengena dengan anda, diharap jangan berkecil hati dengan aku.
-----------------------------------------------------------------------------
2 karektor didalam situasi ini. Sepasang manusia yg mempunyai hubungan intim.
A- lelaki
B-wanita
--------------------------------
8 MALAM
A: Hello..
B: Hello..
A: Kat mana nie, still di office ka?
B: Aah, baru ja habis kerja, nie tengah bersiap nak balik.
10.30 MALAM
A: Hello
B: Hello..(nada mengeluh)
A: Ermm, tgh buat apa? kat umah ka?
B: Err, nie on the way nak balik umah.
A: Eh takkan dari pukul 8 tadi, sampai skrg still on the way balik umah?
B: Tadi dah nak balik, but then bos datang, so ada beberapa kerja yg perlu disettlekan.
A: Ohh, ok.
B: Ok la A, i'm driving ni.
A: Ok, take care.
11 MALAM
1 sms dihantar oleh B kepada A
A, actually tadi saya balik lewat sbb pergi shopping with my friends. Taknak bgtau benda sebenar, nanti awak risau. So, don't u worry about me ok.
-----------------------------------------------------------------------
Moral: Tiada apa yg bermoral dalam situasi di atas. Moraliti hanya alasan kehidupan.
Bak kata Stewie(Family Guy):
"You know, mother, life is like a box of chocolates. You never know what you're going to get. YOUR life, however, is like a box of.....ACTIVE GRENADES! Now, I give you one more chance for deliverance, return the mind control device immediately! Or be destroyed...."
Ok, aku nak cuba lelapkan mata.
Jumpa lagi.
20060712
R.i.P

Berita kematian beliau boleh dibaca disini.
Ingin mengenali beliau?
Cuba baca ini dan juga disini.
Lirik di bawah adalah merupakan lirik kepada lagu yang ditujukan khas oleh Pink Floyd kepada Syd Barrett.
'Shine On You Crazy Diamond'
Remember when you were young, you shone like the sun.
Shine on you crazy diamond.
Now there's a look in your eyes, like black holes in the sky.
Shine on you crazy diamond.
You were caught in the cross fire of childhood and stardom,
blown on the steel breeze.
Come on you target for faraway laughter, come on you stranger,
you legend, you martyr, and shine!
You reached for the secret too soon, you cried for the moon.
Shine on you crazy diamond.
Threatened by shadows at night, and exposed in the light.
Shine on you crazy diamond.
Well you wore out your welcome with random precision,
rode on the steel breeze.
Come on you raver, you seer of visions, come on you painter,
you piper, you prisoner, and shine!
Nobody knows where you are
How near or How Far
Shine on You crazy Diamond
How more many more layers
Will there be drawn in you there
Shine on You crazy in Diamond
And we'll bask in the shadow
Of Yesterday's triumph
Sail on the steel breeze
Come on you butcher, you winner and loser, you miner of truth and delusion
And shine!
Kegagalan ekspedisi ke bulan
Semenjak 3-4 tahun lepas, err sewaktu aku bermula di dalam kursus diploma lagi, tidur malam agak kurang dipraktikan. Aku merasakan benda ini hanyalah biasa dah dapat dipulihkan seperti sedia kala nanti(ternyata salah!). Telah menjadi kebiasaan bagi seseorang pelajar seni(dan kursus² yg sealiran) untuk tidak tidur selama beberapa hari. Cuma masalah aku sekarang, aku bukannya hendak bersengkang mata selama beberapa hari, tetapi keinginan/perasaan untuk tidur diwaktu malam amat susah atau barangkali baik disebut, sudah tiada.
Aku lebih selesa kini untuk tidur di siang hari.
Terasa nyaman seolah-olah seperti dimalam hari.
Tadi, aku tekad(hehe), untuk cuba mengubah gaya hidup sebegini.
Cubaan aku gagal...
Percubaan masuk tidur pada pukul 11 malam, hanya bertahan sampai pukul 1 pagi sahaja.
Aku perlu mencari mana silapnya,
mungkin mimpi kurang menarik, atau aku masih kurang kenyang untuk masuk tidur.
Abaikan tentang mimpi, mana boleh dirancang.
Apa yg perlu dipersalahkan?
Untuk menyedapkan hati, aku meminjam lirik ini.
What are we coming to?
What are we gonna do?
Blame it on the black star
Blame it on the falling sky
Minta maaf la wahai mataku, nampaknya malam nie anda bekerja lebih masa lagi seperti biasa.
Roti telur dan milo ais, tunggu kedatangan aku.

Permandangan dari rumah aku pada pukul 5 pagi.
20060711
cubalah wahai kaum perempuan, dipersilakan.

Purata nisbah kadar lelaki dan perempuan adalah 1:9. Kini mereka mampu untuk hidup tanpa bergantung terhadap lelaki. Walaupun dalam bab ini.
Dunia oh dunia.
20060710
Mafia Juara Dunia

skandal rasuah+percaturan perlawanan+juara dunia
kesimpulan: pemain pertahanan Itali handal dalam bertahan dan menjaringkan gol.
20060709
biru boleh,biru boleh, biru pasti boleh

Kepada kedua-dua org terpenting bagi dua pasukan kebangsaan yg
menggunakan warna biru sebagai warna utama jersi pasukan, aku mengucapkan
'SELAMAT BERJUANG MENJADI JUARA'.

dan begitu juga kepada kedua-dua pasukan tersebut.
SEMOGA BERJAYA!
20060707
warna-warna, hilangkanlah hitam dan putihku
Keputusan: Jangan dibiarkan terhenti. Bangkit>Bergegas>Berdiri
Kebarangkalian: Kewujudan 'Sia-sia'. Sedaya-upaya tewaskan ia.
(Kajian aku hanya melibatkan sculptures sahaja, tidak termasuk mural)




(Klik pada gambar untuk gambaran yg lebih jelas)
Setahun sudah berlalu. Aku perlu cepat.
20060705
Jalan terbaik(yang mampu aku lakukan ketika ini)
Hidup seperti umpan ikan. Menunggu untuk ditelan hidup-hidup.
Bagi aku, kepercayaan tidak harus diletakkan sepenuhnya terhadap sesiapa.
Perkara ini hanya aku sedar, dan masih baru aku sedar…
setelah rakan-rakan dan keadaan/situasi yg memaksa/mengajar aku menerima
konsep sebegini.
Aku masih tak faham bagaimana perasaan manusia juga boleh pudar.
Pudar segala-galanya. Marah, gembira, tenang, setia, tenteram, ribut/kacau.
Bukankah kita telah dididik untuk menghargai? Hargai apa sahaja.
Adakah di dalam kita menghargai sesuatu nilai itu, kita perlu ‘beralih arah’?
Rakan aku pernah menyatakan ini kepada aku
“Percayalah kepada Karma”
Ya, inilah jawapan spontan aku. Terbukti mmg ada kebenarannya.
Dan membuatkan aku terfikir sebentar, inilah juga Kitaran Hidup.
Kitaran hidup setiap individu tidak akan sama.
Dan janganlah
Kita tidak akan pernah puas.
TETAPI….
Kita perlu tahu pada ketika/tahap yang harus kita berhenti dalam mengejar kepuasan.
Tiada sistem penggera yang dapat memperingatkan kita dalam hal ini.
Dan apa yg telah dapat aku selesaikan untuk ketika ini, ialah:
KITARAN HIDUP AKU BARU BERMULA…
20060629
Penampilan Pintar?
aku ke sana untuk beberapa tujuan yang perlu diselesaikan.
salah satu tujuannya adalah untuk membuat Kad Pintar Pelajar.
sebelum aku sampai ke kaunter kad pintar itu(hampir pukul 5 ptg), beberapa kemungkinan telah bermain difikiran.
tetapi sebab nak mengejar masa(untuk tidur, kerana berjaga seharian) aku teruskan juga.
Staf: Ya, datang nak buat kad pintar ka?
Aku: Aah..
Staf: Ada bawa surat tawaran?
Aku: Ada...
Staf: Hmm, ok..(sambil memandang aku)
dan aku dah agak, soalan nie mesti akan keluar!
Staf: Aihhhh, panjangnya rambut!
Aku: Errr... Kenapa cik? Kalau rambut panjang, ilmu tak masuk otak ka?
Staf: .........
Aku: Ini surat tawaran (hulur kepada staf)
Staf: Ohhhh, ingatkan student degree tadi...
Ya, aku tahu hukum universiti tersebut yang tidak menggalakan pelajar lelaki berambut panjang. Nak menyuruh aku pulang dahulu, pergi gunting rambut dan datang semula keesokan harinya semata-mata hanya untuk sekeping kad?
Jgn haraplah.
Universiti itu aku akui, memang sering menggunakan sistem membuat kesimpulan terlebih dahulu dari menyelidik/bertanya.
Dan semestinya sistem ini hanya digunakan terhadap pelajar....
Ayat terakhir staf itu pun agak mencuit hati aku. Rasa nak sahaja membalas:
"cik.....pelajar diploma, degree, master ka sama sahaja. Yang bezanya ialah tahap pembelajaran/pengajaran. Jgn membuat kesimpulan berdasarkan penampilan."
Tapi kalau bersuara lagi, mmg aku takkan dapat kad.
20060624
sekotak hidup mulia
aku hanya terperap di rumah seperti biasa.
sedang aku asyik termenung di tingkap, satu memori lama tiba-tiba bermain di fikiran aku.
memori tentang seorang rakan aku yg meninggal akibat nahas jalan raya ketika hujan.
memori tentang kehilangan. hmmm
---------------------------------------------------
semenjak dari kecil lagi aku suka berfikir tentang situasi ini.
situasi bagaimana untuk bersedia menghadapi kehilangan.
lupakan ttg kehilangan(kebendaan). itu terlalu bersifat sementara.
ada (kehilangan) yg lebih penting dari itu.
aku suka membayangkan bagaimana perasaan seorang rakan yg sedang duduk di sisi katil rakannya yang terlantar, membilang detik nafas akibat sakit kanser(ini satu dari contoh yg paling selalu aku bayangkan).
Apa yg sedang difikirkan oleh rakan yg sihat itu? Sekiranya mereka berdua adalah rakan karib, yg berkongsi (minat, kecenderungan, ketika-ketika, perasaaan), ini adalah masa yg terlalu sakit untuk dilalui, sadis untuk difikirkan, sayu untuk diperkatakan. Untuk memulakan saat/hari pertama kehilangan itu, tidak semua manusia mampu dan terbukti tidak semua manusia mampu.
Aku yakin aku tidak mampu, terus terang aku nilaikan diri aku.
Airmata dan raungan mmg adalah mudah, cukup utk menyampaikan kesakitan 'kehilangan' ini, tetapi aku yakin ia belum cukup sempurna utk menyampaikan kehilangan dalaman yang dirasai oleh hati dan akal.
Terlalu banyak perasaan(suka,duka,girang,pilu dsb)yg di tanggung oleh hati.
Tak terkira ketika/memori yg dirakam akal.
Bagaimana kita hendak berdepan dgn keadaan yg sebegini tinggi nilainya?
Adakah kita telah cukup bersedia dgn persediaan-persediaan kita?
Tapi ada satu yg aku cukup pasti, kehilangan membuatkan kita akan lebih bersifat mengekalkan dan menghargai.
Sedaya upaya aku mengekalkan keadaan/ketika/tinggalan dari kehilangan itu.
Setingginya aku menghargai perilaku/ketika/budibicara dari kehilangan itu.
Dan permulaan hidup kita dari kehilangan itu akan lebih bermakna/beerti kerana kita sedang memikul satu sejarah yg akan menjadikan kita lebih bersedia menerajui hidup.
Cubalah bangkit berdiri dan berjalan, janganlah kita tersungkur selamanya.
dan biarkanlah air mata itu mengalir pada ketikanya. biarkan, kerana ianya hanyalah sementara.
20060623
Pra Perpisahan
Terima kasih Cursive. Kurang sket sakit kepala aku harini.
Ini juga mungkin juga sebagai satu persediaan.
The Farewell Party
"Bon Voyage"
And promptly he hung up the phone
There was a doorbell ringing
So he snuck out onto the terrace
He said "If these were my last words,
would they even make print?
If all I had to say was simply over said
by those old heretics."
These words are counterfeit
Xeroxed off of memory
And no one's listening
Hey
Twilight dawns
All the champagne is gone
All that's left is left behind
Doorbells, still life
Hey
"Since you're leaving
was it a hollowed out heart?
It seems like you've been searching for some wordly position.
Somewhere you can curl up in a little ball."
It seems the world collapses
In the mother's womb
The place of birth
Where we're all condemned
It's the warm, sad, jaded end
Starving for salvation on a terrace
Drunk, tired, and alone
Farewell dead skin
These words are second-hand
They're dry
They're cracked-plastic lies
They're cheap old whores
That wasted their lives
In search of the warmest womb