20091124

Untuk Terus Hidup (Mereka di sini, Kita di sini).




Pada ketika seperti ini, godaan hati untuk menundukkan prinsip aku yang masih erat digenggam ternyata terlalu bersemarak. Hangat marak ia mampu menyambar sekumpulan helang pemburu dalam sekelip mata. Tiada yang terlepas. Tiada yang masih bernafas. Pasti.

Untuk apa godaan ini harus di sini? Bukankah aku pernah kamu tewaskan bertahun dahulu? Meranap dan merapuhkan kematanganku lalu dengan megah kamu membina kuasa kemurungan mega.

Kemenangan kamu itu adalah perkenalan kita.

Dendam bukanlah tujuan agar kita bersua kembali.

Aku percaya, kedatanganmu kali ini, lebih beremosi, seakan suci dari tembelang, akan menghampiri kelekaan agar dapat meluncurkan perangkap terhadap diriku. Semakin aku berusaha mengenali cahaya angkasa, sejak itu juga semakin bergelumang aku dengan segala helah dusta ciptaan manusia, mirip caramu tetapi terlalu lemah. Mereka telah secara tidak langsung menjadi guru kepadaku.

Akan aku sambutmu dengan segala sandiwara, malahan berani aku untuk merelakan diri ini hancur lebur sepenuhnya, agar dapat aku kembali penuh suatu hari nanti. Aku mempersilakan kamu datang dengan segala kemegahan dan kemasyhuran yang ada sekali lagi.

Tiada aku gusar kerana aku masih patuh. Begitu juga dia.

Heh.

20090928

Untuk Kamu Pergi Jauh Tanpa Menoleh Ke Arah Langkahmu Sendiri?.

Seperti selalu, aku akan mengeluh tentang situasi yang memerlukan aku, atau kamu(mungkin) untuk berhenti seketika bagi merenung atau membuat spekulasi skala tentang perilaku kita terhadap sesuatu situasi. (berbelit?)

Perihal ini akan terjadi, dan terus terjadi. Demi kebaikan dan kestabilan perilaku kita jua.

Mengapa perlu terburu?

Rokok akan dinyalakan, dan kopiku masih panas berasap. Mari duduk bersamaku dan santai.

Dan apabila aku cenderung mesra untuk berbual tentang sesuatu secara tenteram, janganlah dihairankan, lebih baik santai bersamaku, dan ukirkan senyuman. Enak bukan?.


Mahu dilepaskan saat sebegini?


Aku yakin kamu tidak terdaya.


Ributmu mampu tenteram ketika bersamaku.


Heh.




*entri tiada berkenaan unsur kisah cinta, jangan terpedaya*

20090923

Oh Mertua-Mertuaku.

Pulang ke kampung untuk bertemu keluarga dan sanak saudara, cukup menarik dan pastinya akan dipenuhi dengan ketika yang manis.

Tetapi pulang ke kampung untuk majlis kenduri kahwin, adalah umpama datang menyerah diri untuk disembelih dan diratah sampai basi.

Aku faham jika mereka tidak mempunyai modal yang terkini untuk berborak denganku, kerana aku jarang menawarkan peluang untuk memulakan sessi berbicara bersama sesiapa. Senyuman lebih enak untuk aku berikan berbanding berbicara tentang perihal diriku. Aku setia menjadi pendengar daripada berbual. Itu sudah memadai.

Apabila mereka hampa untuk memaksaku membuka tirai hidupku secara rela, maka pasti terbit soalan cepumas, bertindak sebagai pencungkil klasik kisah hidupku.


"Kamu ni bila pulak nak naik pelamin?, orang lain suma dah selesai."


Alahai.


Tolonglah! Tolonglah berusaha untuk menjadi lebih kreatif dalam mencuba berborak denganku. Aku lebih rela berborak tentang warna dan bau tahi ayam atau sessi memberikan nama kepada anak lembu daripada berbicara tentang siapa yang bakal duduk di atas kerusi pelamin bersebelahan denganku. Niat kamu tidak salah, tetapi janganlah menganggap itu satu soalan yang normal yang harus diulang tanya terhadapku setiap kali berjumpa.


"Itulah dia, kalau saya booking anak perempuan pakcik/makcik yang berumur 8 tahun tu boleh?"Jawapan yang sangat-sangat ingin aku luncurkan.


Sah jari-jemarimu akan hinggap di pipiku.

Tahupun nak marah.


Heh.

20090921

Biseksual


Apa yang diperlukan aku, untuk kembali berselera terhadap sesuatu perasaan, keinginan dan keperluan telah berjaya, untuk sekali lagi pada bulan yang mulia ini. Bagiku, ketika ini datang pada waktu yang tepat dan tempat yang strategik.

Ya, tempat yang strategik. Faktor yang paling penting, kerana pada pengamatanku, sekiranya faktor ini diambil mudah, kejayaan yang aku perlukan, tidak akan datang dengan rela. Aku yakin, keberkesanan faktor ini adalah juga disebabkan ruang kesinambungan antara aku dan tempat ini, yang telah terjalin sejak sekian lama secara jujur. Segala-gala telah aku alami di sini, malah tempat ini juga sudah lali untuk menjadi saksi terhadap segala perilaku diriku, baik dari segi yang diimpikan oleh bakal ibu mertua hingga ke seburuk-buruk kelaku.

Apabila wujud peluang untuk aku kembali pulang ke tempat ini, walau untuk satu tempoh yang singkat, tidak pernah untuk aku lepaskan. Untuk kembali dibaluti dengan ketenteraman, diselubungi kedamaian,amat aku dahagakan. Walaupun kurang menawarkan peluang untuk sessi kegembiraan hipokrit, aku masih merasakan tempatku ini, adalah sesuatu yang paling indah untuk aku membesar dari segi pemikiran dan pemahamanku.
Aku rasa, dengan mempunyai kematangan pemikiran, untuk mencapai kegembiraan itu adalah sesuatu yang tidak sukar untuk dilaksanakan di tempat sebegini, dengan hanya berbekalkan beberapa tipu-muslihat hidup, bukankah begitu? Heh.

Aku yakin, kamu juga mempunyai fenomena seperti ini. Jangan ditipu perasaan diri. Jangan biarkan masa mencemar keinginan dan kehendakmu.


Pulanglah.


Selamat menyambut Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Sangat ikhlas dariku.


Heh.

20090918

Apabila Aku Hilang untuk Muncul.


Manusia dan harapan adalah satu fenomena yang unik di mana kesinambungan hubungkait ia berubah-ubah mengikut skala pemikiran, dan sejauh mana kentalnya ketabahan kita untuk mengusahakan harapan ke tahap yang diingini.

Kadangkala, kita hanya sekadar melakar harapan, untuk tidak merasa seolah-olah hala tuju hidup tidak nampak goyang.

Seringkali, kita terlepas pandang terhadap sesuatu unsur yang sepatutnya diangkat menjadi satu harapan akibat perkara lain yang telah terdahulu diutamakan kehendak ia.

Perkara yang normal untuk berlaku, bukan?

Untuk mula mengerjakan ia, semestinya dengan satu perasaan berkobar-kobar, dan tekad untuk mencabar tahap keupayaan diri secara maksima. Semangat kena ada beb! heh. Lautan api kamu renangi, gunung-ganang kamu daki? Cantik.

Tetapi untuk satu tempoh yang lama? Adakah kamu yakin mampu menyelenggara semangat dan momentum kamu?


Ada yang berjaya, kerana harapan yang dibina tampil dengan kesan yang singkat.

Ramai yang kecundang, kerana masih terawang lalu terkapai.


Mengapa harapan sering berjaya mengecewakan kita? Adakah kerana harga ia yang terlalu mahal untuk dimiliki? Aku rasa kita semua terlalu mewah untuk membida harga harapan itu.


Dan mengapa kita masih gagal?


Mudah. Kerana ini adalah proses hidup. Sekali mencuba dan terus berjaya tidak setanding dengan terus mencuba untuk berjaya. Proses yang lancar, kadangkala menjadikan kita manusia, enak untuk mengendahkan sesuatu yang bernilai, lalu membiarkan ia pudar dalam genggaman.


Aku masih terus mencuba. Aku harap kamu juga begitu.


Heh.

20090916

Kakiku di Dasar.

Bagaimana jika kamu berada di tempatku kini, untuk menentang arus perasaan yang membuak datang untuk dibelai?
Bagaimana jika kamu berada ditempatku kini, menagih semata-mata untuk satu senyuman abadi demi menyembuhkan segala rasa hitam sanubari?
Bagaimana jika kamu berada ditempatku kini, mengejar matahari dan memaksanya setia menanti agar bisa dinikmati si dia, cahaya pagi?

Bagaimana jika kamu berada ditempatku kini, diselubungi harapan agar kesemuanya masih sama keesokan hari?

dan

Bagaimana jika aku katakan, yang walau apa pun terjadi, tidak akan aku gadaikan...

Kerana, dengan lafaz yang penuh gundah tiada tenteram, masih tersenyum aku, mencari jalan untuk menghampiri.


Tiada apa yang masih tinggal? Mungkin itu jika aku berada ditempat kamu.



Heh.

20090915

ZKL beerti Zirafah Kote Lembik.

Aku hanya duduk santai di sofa lobi sambil meribakan komputer riba, dengan harapan untuk merasai nikmat santai yang sangat aku perlukan untuk hari ini. Namun kegembiraan tidak selalu datang dengan ayunya.Perilaku di depan mataku ini cukup untuk membuatkan aku semakin merasa hairan dengan gelagat perempuan, yang gemar bercakap dengan lantang tentang perihal diri mereka seharian, yang dipenuhi dengan isu bagaimana untuk menghabiskan wang lelaki,untuk membuat lelaki tunduk terhadap mereka dan pelbagai isu yang aku hampir jelik untuk aku menyambung memasang telinga(tidak perlu pun, memang akan dengar). Tolonglah simpankan kemegahan kamu semua.


Hey, aku masih di sini, di hadapan kamu semua, dan masih mendengar perbualan kamu!


Mengapa Jalan Ampang masih sesak sekarang? Aku perlu pergi dari sini!


Heh.

Apa Yang Perlu Kamu Tahu.

Semenjak kecil, aku adalah seorang yang gemar mencuba menyelesaikan masalah dengan merujuk kepada rakan-rakan. Ini adalah normal bagi kebanyakkan manusia aku rasakan, berdasarkan faktor keselesaan untuk meluah, dan faktor kompromi yang mampu ditawarkan rakan.

Namun, pendekatan yang aku pilih, untuk mencuba menyelesaikan, sedikit berbeza dari gaya yang normal. Aku akan hanya mendampingi rakan-rakan, melakukan pemerhatian secara langsung terhadap perilaku dan mentaliti mereka. Tidak melalui membuat luahan permasalahanku. Aku lebih selesa dengan pendekatan itu kerana, ianya lebih jujur untuk aku tafsirkan sebagai respon oleh mereka. Apa yang aku lihat, dengar dan rasa ketika mendampingi mereka, akan aku buat suatu analisis iaitu perbandingan terhadap diriku, mencari persamaan yang akhirnya akan aku jejak untuk dijadikan kesimpulan/penyelesaian terhadap masalahku.

Tetapi, tidak kesemuanya berjaya sehingga ke penyelesaian. Itu normal.


Sehingga kini, menjadi satu kerisauan bagiku apabila melihat rakan-rakanku ketika dihinggapi masalah yang beragam, hinggakan mampu melumpuhkan sistem rasional pemikiran mereka, melupuskan gaya-gaya penyelesaian masalah yang jitu dan akhirnya mendorong mereka untuk melakukan pelbagai perkara yang jelas serong, atas nama ‘Penyelesaian’.

Pada ketika ini, realiti bukanlah sesuatu yang harus ditawarkan kepada mereka, jika hal ini dibuat undian ramai. Itu benar, dan kadang-kala kebenaran yang sudah terpampang terpaksa ditelan, dikunci oleh pihak luar yang telah lama mengetahui. Bukankah ini adalah satu beban yang tepaksa ditanggung oleh pihak itu, yang pada masa sama juga buntu mencari penyelesaian untuk meluncurkan kebenaran kepada empunya kebenaran itu? Terjadinya perihal sebegini adalah disebabkan rasa tidak percaya mereka, bahawa kamu mampu menelan kekebenaran itu, secara rela.

Realiti adalah pisau yang senantiasa tajam.

Janganlah terlalu terdesak mencari penyelesaian yang kelak merugikan diri dan sekeliling kita. Mendampingi penyelesaian berdasarkan perasaan sememangnya tidak dilarang, namun biarlah ia dipimpin oleh akal pemikiran.


Apa yang perlu kamu tahu, tajamkan matamu lebih daripada ketajaman realiti.


Hal ini juga, tidak memerlukan ijazah.


Heh.

20090913

Ketika hembusan berlalu.


Di dalam proses hidup, aku percaya kita semua, sering tersalah anggap tentang sesuatu perkara yang dinamakan kemuncak hidup. Kita akan cepat terjerumus untuk merasa yakin bahawa kita telah berjaya menawan atau sedang didampingi ia. Kemuncak hidup juga secara bulat-bulat berjaya menukarkan emosi rasa seseorang ke arah yang lebih ceria, berkeyakinan dan enak ke tahap yang tertinggi.

Dan kesemua itu terjadi akibat dari mentaliti kamu yang secara gelojoh, yakin tentang kejayaan kamu sampai ke kemuncak hidup.

Bagaimana pula jika ianya hanya bersifat sementara, yakni ditarik balik, dan kamu melayang jatuh ke dasar permulaan?

Apa reaksi kamu? Apa yang akan dilancarkan oleh bibirmu? Sejauh mana hatimu mampu mengubati sembilu? Dan apa kata akalmu? Pasti ribut bukan?

Aku berundur beberapa langkah, sebelum era kejatuhan kamu, dan cuba kita lihat bagaimana perilaku kamu. Jika dinilai, rasanya tiada beza antara kita semua, di dalam menggayakan perilaku tersebut. Hampir sama, bagi kesemua manusia. Kepura-puraan terhadap apa yang dinyatakan sebagai realiti, jelas terpampang pada kita dan kamu, dan tiada sebab untuk kita mencari alasan menafikan perihal tersebut. Kita sememangnya 'berpura-pura' yang tiada gunanya.

Ya, kita adalah manusia yang terhad pengamatan terhadap kewujudan masa hadapan, tetapi itu bukanlah suatu alasan yang wajar diluncurkan oleh akalmu.

Belajar dari kesilapan adalah 'cogankata' usang yang mampu diluncurkan sewenang-wenangnya oleh sesiapa sahaja kepada kita, yang berakhir dengan kita bersendirian menghadapi kesan kejatuhan itu. Adakah dengan merasakan kamu sudah tidak mempunyai apa-apa lagi yang bernilai untuk dipertaruhkan nyawamu, jalan penyelesaian yang mudah adalah dengan melepaskan segala-galanya yang setia seiring denganmu?

Janganlah begitu.

Apa yang pernah, sedang dan yang akan berlaku, kesemuanya adalah proses hidup kamu. Tiada ketetapan yang telah ditentukan untuk kamu menghadapi ia. Seorang yang bijak pandai seperti kamu, tentu tahu bagaimana sukarnya meniti masa lampau yang penuh rintangan melulu, yang kadangkala tidak dapat diterima akal oleh pihak lain. Tetapi kamu mampu, dan kamu membuktikan pada sekelilingmu, bahawasanya kamu telah mampu untuk menawan dan menempeleng rintangan tersebut, walaupun ia sukar. Manisnya kejayaan tersebut, aku yakin, tak tercapai bibirmu untuk mengambarkan ia. Kejujuranmu telah menutupi segala ketempangan yang ada pada 'nyawamu' sekaligus membuat 'dia' benar-benar layu tersungkur, lemas padamu. Ini adalah sesuatu yang tidak akan dapat ditukar-ganti, bukankah begitu?


Untuk kesemua peluh lelah yang pernah kamu hadapi ini, akan berbaloi untuk kamu mengkhianati kejujuranmu disebabkan 'kejatuhanmu' itu? Mengapa kamu ingin membiarkan dirimu menjadi sesuatu yang lemah, sedangkan kamu pada suatu ketika dahulu, merupakan seorang insan yang pernah menjadi awan kepada 'nyawamu' itu? Mengapa tidak saja ditebus segala saat dahulu, ketika kamu masih tegak berdiri, biarkan saat-saat itu mendampingimu, setia bersamamu agar kamu tidak lagi semakin jatuh melayang tanpa dihalang.


Teras hidupmu kini, yang hanya mahu berlingkar mengelilingi api-api yang ingin marak, adalah bukan suatu yang sukar untuk dikecapi. Aku yakin, dengan kemampuanmu, pelbagai api telah berjaya dipadamkan, malahan mungkin ada hanya dengan satu hembusan lembutmu. Namun, percayalah kataku juga, bahawasanya kelak pasti muncul, sekecil-kecil api yang longlai dan halus, dipandang remeh olehmu tetapi akan berjaya membiarkan dirimu kehangatan di dalamnya, lalu membakar segala kekerasan dan keberanianmu.

Biarkan segala api-api yang terpadam menabur segala hasutan hangit kepada dunia, biarkan segalanya menjadi debu yang tiada nilai, sama seperti niat mereka pada mulanya. Kejahilan mereka terhadap dirimu terlalu nyata, mereka hanyalah bagaikan kuman di udara, dan usahlah dikhuatir tentang kesannya. Abaikan.

Bingkas bangun, dan segeralah kembali mencari langkahmu. Jangan biarkan dunia menunggumu bangkit dari kejatuhan kemuncak hidupmu ini. Tiada apa yang salah sebelum ini dalam hidupmu, kerana ini adalah proses hidup. Sekerasnya kita berhak untuk merasa gembira, selayak itu juga untuk kita mengenali kegagalan.


Oleh itu, silalah bangun, senyum dan mulakan langkahmu kembali.
Kamu ingin tahu erti sebenar bebasnya kebebasan, bukankah begitu?


Heh.

20090912

Mara si rama-rama.




Suatu pagi yang biasa, sejuk dan damai, aku bersama seorang teman berjalan menuju satu destinasi, bagi mencari kelainan. Aku dan dia tahu, tentang apa yang bakal kami temui, mungkin tidak sesegar dan unik seperti yang diharapkan, namun kami positif lalu membina keyakinan diri secara rela semata-mata untuk tidak mahu merasa seolah-olah dikecewakan oleh perihal yang terlalu kudis.


Dia juga tahu, jauh di sudut aku, pasti kelak akan mempersoalkan rasional tindakan kami.

Aku juga tahu, pada suatu masa, si dia pasti mengiyakan kekesalan di atas usaha ini.


Tetapi, untuk masa dan ketika ini, sedang kami berjalan dengan langkah yang penuh dengan senyuman dan rasa rindu yang mekar, tiada wujud sebarang kesangsian.


Persetankan semua yang menghalang.

Heh.

20090910

Mesin Pengisar Alasan.

Setelah lama aku membiarkan ruang ini, karat dengan kekosongan, semakin terdesak aku untuk mencari ketenangan. Sememangnya aku tidak jujur untuk menyuarakan sesuatu yg terlintas dalam pemikiran aku sejak beberapa ketika ini, kerana aku merasakan, tidak perlu untuk dihebahkan perkara yang dirasakan 'biasa/remeh' bagi sesetengah pihak.

Lalu langsung aku telah beberapa kali dikejutkan dengan insiden yang telah kuduga kemungkinan kewujudan ia. Aku sendiri yang meluncurkan kemungkinan ia, dan aku juga akhirnya yang menerima akibatnya. Mengapa hal ini perlu terjadi kepada orang-orang yang sememangnya mempunyai pegangan kewarasan yang tinggi. Adakah dengan mengesyorkan kepadaku tentang manusia dan kesilapan tidak dapat dipisahkan mampu meyakinkanku tentang keinsafan kamu? Heh. Sangat nakal.

Sedarlah, sesuatu yang remeh, hanyalah permulaan kepada kehidupan. Jangan diperkecilkan kelemahan kamu. Tangani sebaik mungkin. Heh

20090630

Ketika kesemuanya gugur.

Pernah kamu terfikir, atau merasa was-was tentang sesuatu yang sepatutnya terjamin, mutlak dan aman.
Pernah kamu terbayang akan segala kemungkinan tentang sesuatu, yang seharusnya akan terang, halus dan terhindar.
Pernahkah kamu terlintas tentang sesuatu yang seakan sama seperti ini, yang sepatutnya tidak pernah direnungkan atau dikhuatiri?


Pernahkah kamu merasa sebegini rupa?

Atau kamu sebenarnya masih takut dari dikejutkan, untuk menerima sesuatu yang beerti, berpengaruh ke atas kamu.


Sehinggalah kamu dipaksa.

20081230

Mempertahankan.

Tahun ini hampir tamat, walaupun terus-terang aku akui, aku belum cukup sempat untuk melangsaikan beberapa perkara penting, yang perlu diselesaikan dalam tahun ini. Ia bukanlah azam aku untuk tahun ini, tetapi cuma aku rasakan, perlaksaannya amat bersesuaian untuk 2008.

Lupakan perihal itu. Tidak penting buat kamu pun.

Apa yang lebih penting sekarang bagi aku dan mungkin juga kamu, tentang bentuk masalah yang dihadapi seharian dan cara kita berusaha untuk mengubati/menghindari/mengatasi masalah-masalah tersebut. Apa yang aku mampu rumuskan, berkaitan dengan aku iaitu, masalah yang dihadapi, bertambah rumit dan memerlukan jalan penyelesaian bercorak pemikiran analitikal, setiap tahun, seolah-olah masalah tersebut adalah satu bentuk organik berevolusi. Semakin meningkat tahun yang aku lalui, semakin rumit masalah yang muncul, dalam bentuk dan situasi yang pelbagai. Mengapa ini tetap berlaku? Namun sekiranya aku mempersoalkan kewujudan ia, seolah-olah aku menidakkan realiti. Tetapi aku juga seorang yang gemar berimaginasi, kerana dengan berimaginasi, aku berupaya mencipta satu ruang legar positif lagi kuat untuk aku membina kelakuan/kehidupan yang tidak termakbul di dalam realiti.

Dan aku biarkan kedua-duanya bergerak, pada masa yang sepatutnya.

Berbalik kepada topik masalah, aku juga sebenarnya tidak kisah untuk berhadapan dengan masalah yang pelbagai, yang akhirnya akan menjadikan aku lebih terdedah kepada pengalaman/pemikiran/pemahaman yang lebih matang dan bijaksana. Aku mungkin pada mulanya akan membuat kesilapan dalam membuat keputusan, tetapi bukankah itu normal bagi kita? Kesan dari keputusan aku jua, membuatkan hidup aku adakalanya serba molek, dan adakalanya serba tak kena. Normal juga bukan?

Masalah-masalah yang aku telah cuba untuk selesaikan sewaktu dua-tiga tahun lepas atau tahun lepas yang masih belum selesai, aku biarkannya mendampingi aku ke tahun yang seterusnya kerana aku yakin, pada masa dan tempat yang sesuai, ia akan selesai jua. Tidak perlu untuk aku terburu-buru atau memaksa diri ke tahap yang radikal kerana ia mampu membinasakan aku kelak dalam bentuk yang tersendiri.

Aku cuma sekadar mempertahankan apa yang sepatutnya.

20081221

Makan sini

Apabila kamu tiba di sesebuah restoran mahupun gerai makan, perkara yang terutama yang ingin dicapai adalah menikmati makanan yang dihajati secara aman dan lancar. Kejayaan menikmati mampu mencorakkan emosi kamu sepanjang hari tersebut.(lupakan tentang keracunan makanan atau kesan makanan terhadap proses penghadaman, kita tidak menuju ke arah itu) Aku pasti ramai yang sedar, tingkah laku, tutur kata, dan pemikiran yang bodoh/melulu akan menguasai diri ketika kita dalam kelaparan.

Satu perkara yang aku, kurang gemar terhadap pelanggan(lapar!) yang mampu membuatkan para pelanggan(lapar!)lain hilang selera untuk menghabiskan makanan adalah sikap memberontak dan hilang sabar terhadap apa-apa yang dirasakan tidak menepati kehendaknya. Apabila meluap perasaan memberontak dan hilang sabar, maka akan bermula perkara yang aku secara jujur benci iaitu golongan pelanggan yang memilih untuk mengherdik dan bersikap kurang ajar terhadap pekerja yang bertungkus lumus berusaha untuk memenuhi kepuasan kamu.

Apa hak kamu untuk berkelakuan sedemikian terhadap mereka? Perlukah kamu untuk memalukan/menjatuhkan air muka mereka di khalayak ramai semata-mata kerana makanan kamu lambat tiba?

Perlu aku ingatkan kepada kamu, kerana aku rasa kamu mungkin telah lupa tentang satu persamaan ini. Sewaktu kecil, siapa yang menghidangkan makanan kepada kamu? Emak kamu bukan? Ingin aku tahu, adakah pernah kamu meninggikan suara atau mengherdik emak kamu sekiranya dia terlewat menghidangkan makanan di atas meja untuk kamu? Pernah?

Tidak pernah, aku andaikan.

Sekarang, apa bezanya pekerja-pekerja ini dengan emak kamu? Mereka juga menghidangkan makanan untuk kamu, sedangkan kamu hanya enak menunggu di atas kerusi. Adakah kamu merasakan bahawa dengan membayar harga untuk makanan tersebut, kamu layak untuk membuat apa sahaja terhadap mereka?

Sedarlah diri wahai kamu, insan yang sedang lapar. Ketahuilah juga bahawa para pekerja itu juga mempunyai hati, perasaan dan nafsu sama seperti kamu. Ketahuilah juga dengan titik peluh usaha mereka-lah, kamu dapat menikmati makanan yang diidamkan.

Kamu meminta, mereka memberi dan sepatutnya kamulah yang patut bersyukur dan memberikan senyuman terhadap mereka, dan bukannya caci-maki.


Hal ini, tidak memerlukan ijazah.

20081217

Tahun Jagung

Ramai orang pernah berkata, semakin meningkat umur seseorang, semakin matang pemikiran dan pemahamannya(mengikut paras kemampuan).

Ok, jika benarlah apa yang diperkatakan, mengapa sampai sekarang masih ramai yang bertindak/berfikir/bersuara dengan cara sebaliknya dari apa yang sepatutnya berlaku.

Atau lebih senang aku buat rumusan bahawa, setenang, sewaras mana pun kamu, kalau berdepan dengan situasi yang melibatkan emosi, kamu pasti sukar untuk menjadi atau bertindak secara sepatutnya.

Tetapi,

Siapa yang sempurna?

heh

20081121

Muda beerti Muda!





Sabtu kamu hanya dihabiskan di rumah dengan mendengar lagu-lagu dari koleksi iTunes kamu atau berbual kosong bersama rakan tentang betapa coolnya penampilan/aksi kamu pada parti anjuran kamu sendiri?

Mungkin ini lebih wajar untuk dilakukan dan disertai.



*Maaf, kepada yang singkat akal, tiada senjata api untuk dipamerkan atau dijual di sana.

20081116

Dua

We Own The Sky - M83

Each shade of blue
Is kept in our eyes
Keep blowing and lighting
Because we own the sky

Secrets from the winds
Burnt stars crying

Soft soft or cruel
Can't we change our minds?
We kill what we build
Because we own the sky

Secrets from the winds
Burnt stars crying

So many moons here
Lost wings floating

It's coming, it's coming now!
It's coming, it's coming now!
What's coming? What's coming now?
What's coming? What's coming now?

It's coming from the sky
It's coming from the wind


***


Perlu aku tertanya, sejauh mana kebijaksanaan akal dan keutuhan pemahaman diri kita mampu menjadi umpama satu tilam yang empuk yang menyelamatkan kita dari jatuh hancur berkecai pada ketika perasaan dan memori kita terancam?

Aku tahu ia mampu, dan kamu juga tahu ia mampu, sejauh yang mungkin.

Namun, sejauh mana pula kita mampu untuk meneruskan apa yang termampu dikerjakan akal kita?

Heh.

20080921

Satu

The Little Room - The White Stripes

Well you're in your little room
and you're working on something good
but if it's really good
you're gonna need a bigger room
and when you're in the bigger room
you might not know what to do
you might have to think of
how you got started in your little room

***

Kita, pada mulanya akan berasa nekad dan tekad mengerakkan sesuatu perkara dengan yakin terhadap matlamatnya. Kita, manusia yang tiada mata untuk melihat masa depan, sememangnya perlu bergantung kepada keputusan hari ini, semalam dan sebelumnya untuk terus melangkah. Semakin positif keputusan itu, semakin berani kita ke hadapan.

Kita, sekiranya tersekat secara tiba-tiba, janganlah terus berpaling mahupun buntu sewenang-wenangnya.

Kita masih jauh. Sangat jauh untuk diisytiharkan ke arah sesuatu yang rapuh.

Sekurang-kurangnya kita masih mampu mendongak ke langit dan berlutut di tanah, dan sedar bahawa kita masih berada di antara kedua-duanya.

20080914

Letupkan Dunia dengan Warna-Warnimu.




Kadangkala, kekuatan sesuatu kebaikan mampu menjerumus kepada keburukan, dan kelemahan sesuatu keburukan mampu melahirkan kebaikan.


Tabik hormat!

20080910

Apabila Aku Mula Melangkah, Janganlah Engkau Terus Berlari

Proses hidup kita, seringkali akan bersua dengan ketika di mana wujud persoalan samaada remeh atau analitikal, yang mampu menjurus kepada kegopohan mencari jawapan. Selama ini juga kita telah dididik untuk menerima konsep bahawa kadangkala apa yang dicari mampu mengambil masa yang lama untuk ditemui. Konsep ini berupaya mengakibatkan kita berputus asa, dan berpaling. Normal bagi manusia.

Sebenarnya,

Jawapan yang diidamkan itu, sudah berlegar di sekiling kita, sangat dekat dan sentiasa bersama si pencari itu. Cuma, kewujudan ia bukanlah dalam satu bentuk yang mutlak,sebaliknya rawak dan mentah. Sekiranya kita sensitif(peka), ia berjaya muncul/dikumpulkan menjadi satu bentuk yang mutlak pada masa yang singkat. Tetapi tidak semua sensitif. Normal bagi manusia.

Janganlah merungut atau hampa sekiranya ia lewat. Anggap sahaja diri kita belum mahir untuk peka dan belum matang dalam menerima jawapan itu sebelum ini. Apa yang penting, jawapan akhirnya muncul walau selama mana pun masa yang telah ditempuh, dari ia dibiarkan 'tergantung'. Itu yang paling penting, bukankah begitu?

Kalau semua tiba pada masanya(mengikut kehendak kita), kura-kura tidak akan berlumba dengan arnab beb!. Heh.


Kita semua ada kekurangan.


Ia pasti datang.

20080906

Kadangkala Merepek, Kadangkala Sangat Merepek, Tetapi Ini Betul-betul Merepek.

Petang tadi, adalah merupakan kali pertama untuk bulan puasa ini, aku menjejakkan kaki ke pasar ramadahan. Sebelum ini, aku hanya mampu duduk, membelek menu dan memesan makanan, disebabkan keadaan lalulintas dan kepintaran pihak berkuasa menutup jalan-jalan utama kononnya untuk melancarkan pergerakan lalulintas. Serius?(Kenapa serius sangat?)

Berseorangan, aku melangkah meninjau gerai-gerai dan segalanya yang wujud di pasar itu. Ikhlas aku akui, tinjauan terhadap gerai jauh kurang berbanding tinjauan aku terhadap manusia sekeliling dan apa yang berada di depanku. Lebih banyak mengelak dan memberikan laluan kepada orang untuk bergerak ke sana-sini. Lebih menyukarkan keadaan lagi, kerana gerai-gerai mempamerkan papan tanda menu yang kurang berkesan dari segi saiz tulisan, harga dan gaya(haha). Ini mengakibatkan pengunjung terpaksa menghampiri gerai dan 'berlabuh' di situ untuk satu jangkamasa yang seterusnya menganggu kelancaran pergerakan pengunjung yang lain.

Padah bagi aku, yang sukar membuat pilihan, bukan kerana pilihan yang pelbagai, tetapi kecenderungan aku untuk menghabiskan sejumlah wang semata-mata untuk membeli juadah berbuka puasa. Apa bezanya berbuka puasa dengan nasi lemak, dan tidak nasi beriyani? Tiada bukan?. Bagi gerai-gerai yang penuh dengan pengunjung, aku elakkan. Tiada hasil pun tertinjau-tinjau di celah pengunjung semata-mata untuk melihat apa yang dijual. Sekiranya berminat, perlu pula untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 10 minit untuk dilayan. Sangat letih. Pulangan belum tentu lumayan.

Apa-apapun bebelan entri aku ini, setiap pengunjung ada matlamatnya yang tersendiri untuk datang ke pasar ramadahan. Itu hak dan wang kamu. Aku tidak terlibat secara langsung pun. Matlamat aku hanya untuk mengambil 'wudhu' di sana.


Berjaya kamu menghabiskan segala juadah yang dibeli sebentar tadi?


Cayalah beb!

Serius(kenapa serius sangat lagi?) aku kagum.

20080903

Sedih? Kenapa begitu Sedih?





'Gloomy Sunday' - Rezso Seress


It is autumn and the leaves are falling
All love has died on earth
The wind is weeping with sorrowful tears
My heart will never hope for a new spring again
My tears and my sorrows are all in vain
People are heartless, greedy and wicked...

Love has died!

The world has come to its end, hope has ceased to have a meaning
Cities are being wiped out, shrapnel is making music
Meadows are coloured red with human blood
There are dead people on the streets everywhere
I will say another quiet prayer:
People are sinners, Lord, they make mistakes...

The world has ended!

20080902

Katakan dan Lakukanlah Apa Sahaja.




Imajan baru untuk kempen kesedaran 'TAKNAK'.

Haha.

20080831

Jalur Gem(h)ilang



Letupan bunga api, nyanyian lagu patriotik yang cukup banyak, sessi mempamerkan wira-wira negara, ucapan oleh seorang yang sedang lena, perarakan mega, laungan simbolik sejak 1957, dan pelbagai lagi perilaku yang berlaku pada hari tersebut, adalah cara untuk menyambung tradisi bagi memperingati detik terpenting/bersejarah bagi kita.
Kesinambungan dan penstrukturan yang lebih kreatif meraikan detik itu di merata tempat, mengikut selera dan kehendak masing-masing, juga rancak.

Apa-apa sahaja cara, niat ia tetap sama. Meraikan, bukankah begitu?

Tetapi,

Jangan terlalu ghairah untuk mengetahui apa yang akan berlaku esok, kerana belum tentu kita tahu segalanya tentang apa yang telah berlaku hari ini,semalam dan hari-hari sebelum kita.

20080829

Melitupi Puisi Gelap yang Tersungkur




Mengejar kesempurnaan berupaya mewujudkan kesunyian radikal, yang mampu wujud dalam pelbagai bentuk yang jitu lagi halus. Keupayaan untuk menerima segala-gala yang telah sedia ada adalah sangat tinggi nilainya, dan tidak semua berupaya.

Tetapi,

Tiada yang kekal, dan tiada yang pasti.

Tidak perlu kecewa atau buntu.

Kita masih melangkah...ke hadapan.

Kita semua.

20080825

Pendengar setia yang tenang

Orang sekeliling akan bingit dan melenting apabila aku mula menyuarakan rasa paranoia aku terhadap sesuatu. Mereka minta aku bertenang dan tidak memberikan aura negatif atau membuat mimik muka yang kurang manis untuk dipandang orang, apabila aku paranoid. Tapi aku tetap paranoid.

Orang sekeliling akan mula mempersoalkan mengapa aku menunjukkan rasa kurang senang apabila terjumpa dengan individu-individu yang didekati oleh orang sekeliling aku, yang aku rasakan mempunyai potensi untuk membinasakan hubungan dua arah antara aku dan orang sekeliling. Aku diminta untuk bertenang(sekali lagi)dan meminta agar aku menghormati mereka. Ya aku mencuba tetapi sukar, kerana aku sekali lagi paranoid.

Namun, sekarang paranoid aku adalah satu realiti. Adakah aku masih lagi dipersalahkan?


Salahkah menjadi seorang yang paranoid? Itu satu kurniaan.


Sekarang, lihatlah apa sudah berlaku? Terjadi bukan atas kehendak dirimu?


Haih.


Aku hanya inginkan yang terbaik untuk kamu. Percayalah.

20080806

Lazat Berkrim

Aku,untuk dua minggu ini, secara tiba-tiba mengalami situasi mengidam dan berselera untuk makan. Makan secara berleluasa dan tidak terkawal. Perasaan untuk mencuba makanan baru juga semakin membuak-buak hinggakan aku sanggup meninggalkan kerja, hobi dan tanggungjawab yang lain semata-mata untuk menjejaki tempat-tempat makan yang enak dan meliurkan. Segala kemungkinan aku abaikan, demi memuaskan perasaan dan selera makan yang baru aku ini. Agak pelik kenapa baru sekarang ia muncul. Ya kenapa baru sekarang, setelah hampir 13 tahun aku menunggu. Apa sebenarnya yang akan berlaku, disebalik kenikmatan yang aku perolehi ini. Masih menunggu dengan wasapada sekiranya akan muncul secara mengejut, namun dengan sukacitanya aku maklumkan, tiada apa-apa.

Kenikmatan ini juga, mempunyai perwatakan yang kurang enak juga. Aku pernah perlu melayannya pada pukul 4 pagi, setelah enak tidur. Pernah juga aku menjadi buntu, tidak kreatif dan ribut akal kerana tidak melayan kenikmatan ini. Tidak beri peluang dan kesempatan langsung. Tapi apakan daya, aku menyukainya, dan aku tidak mahu merungut.Indahnya hidup ini sekarang. Tidak perlu bimbang tentang perihal-perihal lain. Tiada kerisauan. Hanya aku dan kenikmatan aku sahaja, kini.


Indahnya, sekali lagi.


Hanyalah harapan dan angan aku semuanya.


Pejam mata.

20080721

Soalan Permasalahan (Jawab yang Berkenaan)

*Adakah kamu seorang yang cepat melatah?

*Adakah kamu seorang yang menuding jari apabila sesuatu musibah menimpa?

*Adakah kamu seorang yang merasakan diri teraniaya terhadap sesuatu akibat daripada keputusan kamu sendiri?

*Adakah kamu seorang yang berhadapan dengan tekanan yang diwujudkan oleh orang sekelilingmu?

*Adakah kamu seorang yang hanya meminta maaf dan mengaku kesalahanmu hanya apabila kamu ketandusan akal untuk mengelakkan diri?

*Adakah kamu seorang yang penuh dengan alasan?

*Adakah kamu seorang yang merasakan berlakunya perubahan pada diri dan perilaku adalah disebabkan oleh orang sekeliling dan bukannya atas kerelaan?



Tidak perlu termenung menilai diri sendiri.Tidak mungkin wujud individu yang mempunyai ciri-ciri di atas.


Heh, mana mungkin.

20080720

Rombakan


Proses perubahan dan kehendak/keberanian untuk berubah adalah antara perkara yang sukar untuk diterima oleh individu yang sudah sebati dengan keadaan pada diri dan sekeliling. Situasi ini akan lebih rumit akibat individu mempunyai perspektif kesan-kesan buruk sekiranya proses perubahan berlaku, seterusnya menjadikan individu mengambil langkah drastik(tanpa memikirkan kemungkinan) mencegah dari wujudnya proses perubahan dan kehendak untuk berubah. Langkah drastik yang mampu merosakkan keharmonian atau merugikan masa depan diri.

Ketelusan nasihat dan perspektif pihak luar kebanyakkannya jarang untuk diterima walaupun tampak sahih. Keegoan sememangnya akan menjadi penghadang terhadap sebarang kuasa luar yang boleh menjana kepada perubahan. Faktor-faktor lain juga mampu menjadi sebahagian dari penghadang. Kamu pun tentu tahu.


Lihat sahaja negara kita untuk beberapa minggu yang lepas dan beberapa minggu yang mendatang.


Lihat sahaja sekeliling.


Lihat sahaja diri mereka.


Lihat sahaja diri kamu, terutamanya.

20080710

Gerenti Tenang



Kadang-kala, kita harus berusaha pada tahap yang tertinggi, untuk merealisasikan kehendak orang yang tersayang.

Semoga tercapai segala usaha.

20080709

Gadis 1000 tahun

Semalam, ketika aku sedang malas menyiapkan kerja, dengan dibantu dua orang rakan, salah seorang daripada mereka mula bercerita tentang gadis idamannya. Topik ini boleh dianggap topik perbualan kegemarannya, kerana setiap hari pasti akan ada cerita tentangnya. Aku hanya melayan mendengar dan sesekali mencelah membangkang atau memerli dia atas ciri-ciri gadis yang diidamkan. Pelbagai kriteria yang ditetapkan, sehinggakan aku merasa sampai ke tua pun belum tentu dia akan bersua dengan gadis idaman tersebut.

Di dalam perbualannya semalam, dia ada menyentuh tentang satu rangkap ayat yang akan digunakan terhadap gadis yang ingin didekati( dengan lebih rapat dan mesra). Aku bertanyakan tentang ayat tersebut, dan membuat mimik muka ingin tahu. Mereka tahu aku amat jahil dalam bab menunjukkan minat, mendekati, memulakan langkah pertama terhadap gadis. Aku lebih selesa sekiranya gadis tersebut membuat langkah yang pertama. Macam aku pula si gadis. Heh.
Apa boleh buat, aku dibesarkan di sekolah lelaki. Rakan aku terus berdiri di depan aku dan seorang lagi rakan, meninggalkan kerjanya, dengan penuh reaksi berkata,


"Aku ingin hidup seribu tahun, aku juga mahu engkau juga hidup seribu tahun agar dapat bersamaku, cuma satu yang aku pinta agar hidupku dikurangkan sehari kerana aku tidak rela untuk melihat engkau menghembuskan nafas yang terakhir"


Aku pula menjawab,


"Owh, kalau macam tu baguslah, perempuan tu pasti lega sebab masih mampu untuk berlaku curang dengan kau walaupun sehari"



Dia terus duduk sambung buat kerja.

20080706

Selimutkan dirimu, wahai rakan malam

Bagaimanakah rasa, sekiranya kita diberikan peluang dan cara untuk bertukar-tukar mimpi sesama sendiri. Mimpi-mimpi itu tidak boleh dicipta mengikut citarasa tetapi mimpi semulajadi yang telah berlaku, boleh dikongsi dan dialami oleh pihak yang lain. Seolah-olah berada di kedai sewa dvd untuk ditonton pada hujung minggu.

Menariknya, kita dapat merasai sesuatu mimpi milik individu lain dalam konteksnya. Sebagai contoh, walaupun terdapat 2 individu yang bermimpikan peristiwa yang sama, namun karektor, ekspresi, nilai mimpi itu masih subjektif dan pasti berbeza, kerana mimpi yang wujud adalah sebahagian daripada pengalaman dan pemahaman seseorang. Menjadi pihak kedua yang menikmati mimpi itu juga akan mewujudkan respon yang baru/berbeza berbanding empunya mimpi.
Mungkin ada individu yang lebih gemar kepada idea menerokai akal pihak lain berbanding merasai mimpi, tetapi melalui mimpi, kita tidak dapat mengawal keadaan yang berlaku kerana ianya di bawah paras sedar dan ini lebih tulen.


Aku ingin merasai kepedihan, kepiluan, kesunyian, keriangan, kegemilangan kamu.

Indah rasanya, mungkin.

20080701

Menara

Pengembaraan seorang penuntut seni di sesebuah institusi pengajian(awam) terutamanya pasti akan melalui suatu keadaan yang memerlukan individu itu berhadapan dengan reaksi/respon sekeliling terhadapnya. Negatif dan kurang enak selalunya. Jika dinilai reaksi ketika di institusi dan reaksi dunia luar, sebenarnya sama sahaja, namun polisi penerimaan dunia luar kebelakangan ini yang bersifat lebih mesra dan melulu berjaya menghasilkan rimbunan pengiat seni segera dari pelbagai arena. Heh.

Agak hairan memandangkan golongan yang berada di dalam institusi pengajian adalah mereka yang sedang melengkap/memahir/menjanakan diri secara sistematik dan ilmiah. Tetapi mengapa mentaliti mereka jauh berbeza dari yang sepatutnya. Tidak perlu diterangkan lebih lanjut, kamu tentu mengerti.

Pernah sekali, ketika sedang berjalan di kawasan yang penuh dengan manusia berpelajaran ini, rakan aku sempat bertanya. Dan aku menjawab.


*"Kenapa benda-benda camnie mesti terkena pada budak-budak belajar seni ehh?"


*"Sebab mereka ini masih tidak dapat melihat 'kecantikan' kita. Ada yang tak mahu melihat langsung"


*"Habis tu, nak buat macamana?"


*"Apalagi, janganlah kedekut nak tunjuk..."



Aku nak jadi seorang yang pemurah, senantiasa.



p/s: Hey kamu, entri ini bukan respon terhadap perbualan kita tempoh hari ya, heh.

20080623

J-T-R

Mujurlah tidak perlu lagi mendengar nama-nama seperti Christiano Ronaldo, Deco, Nistelrooy dan Kuyt untuk beberapa hari akan datang. Heh.

Zaman sekarang, taktik merehatkan pasukan utama selepas perlawanan kedua kumpulan adalah sangat tidak praktikal.

Cepat panas, cepat sejuknya.

Heh.

20080614

Pengeras

Orang Melayu memang penuh dengan kaedah perubatan tradisionalnya. Aku rasa boleh dikatakan setiap orang ada pengalaman tersendiri yang berkait dengan perubatan ini. Jika tidak dialami oleh diri sendiri, mungkin ahli keluarga atau rakan. Kebiasaannya, perubatan tradisional akan mempunyai hubungkait dengan alam spiritual/mistik, sesuatu perkara yang yang dikatakan tidak dapat dijelaskan melalui sains.

Dari apa yang aku amati, sekiranya topik ini keluar di dalam perbualan kosong, pasti akan keluar cerita-cerita pengalaman masing-masing dan cerita dari mulut ke mulut. (dari pengalaman aku, banyak lagi cerita dari mulut ke mulut berbanding pengalaman sendiri) Kadang-kala kes yang hampir sama, tetapi kaedah rawatan berbeza, mengikut 'doktor'. Perkara yang sinonim dalam topik ini lazimnya Universiti Utara Malaysia, bas yang tiada penumpang tetapi berat, Highland Towers, pergi berlima balik berenam, buluh atau benda-benda tajam, cawan retak, bermuntahkan rambut/paku, pukul 3 pagi, darah ayam hitam, lebuhraya Utara-Selatan dan banyak lagi. Cerita-cerita tidak kesemuanya mempunyai happy ending, samada dari aspek keadaan pesakit atau situasi itu sendiri.

Apabila situasi sebegini telah berlaku di dalam hidup seseorang, (samaada pengalaman sendiri atau cerita orang lain) akan wujud satu perspektif baru untuk menilai sesuatu peristiwa yang terjadi. Seseorang itu akan cenderung untuk menilai seterusnya mempercayai bahawa faktor terjadinya sesuatu peristiwa itu ada berhubungkait dengan alam mistik, dan jalan penyelesaian yang dipilih serta-merta juga berhubungkait.


Mungkin ada, tetapi tidak kesemuanya. Jangan terlalu taksub.

20080612

Lanskap Ibu Kota






20080611

Belok bila Suka

Setiap hari aku memandu, untuk pelbagai tujuan yang berbeza destinasi. Aku yakin kamu jua begitu. Sukar bagi aku untuk tidak memandu walau sehari, mungkin kerana hobi aku ialah memandu dan aku kurang selesa menjadi penumpang, terutamanya jika pemandu ialah seorang perempuan. Heh. Sebenarnya aku jarang berkesempatan untuk menjadi penumpang.

Satu perkara yang aku tidak faham dan kurang selesa, terjadi setiap hari adalah sikap pemandu lain yang kerap menukar lorong pada saat-saat akhir untuk masuk/keluar ke destinasi. Mengapa perlu menunggu sehingga jarak 50 meter (mahupun kurang) untuk menukar lorong? Kadang-kala tiada signal yang diberikan. Sayangnya, jika memiliki kereta yang mahal tetapi tidak tahu menggunakan lampu signal itu.

Lantas aku terfikir alasan yang munasabah untuk diguna pakai terhadap perilaku pemandu-pemandu sedemikian. Mereka mungkin rabun. Ya rabun dan berasa tidak selesa pula untuk memakai cermin mata ketika memandu. Sila ubah perangai. Rabun anda membahayakan pengguna jalanraya lain.

Atau,

Papan tanda jalanraya tidak efektif. Jika diperhatikan di Malaysia, lokasi papan-papan tanda jalanraya kebanyakkannya tidak strategik. Ada yang terletak betul-betul di susur masuk/keluar yang hanya dapat dilihat dari jarak 20 meter. Ada papan tanda yang terlindung dibelakang pohon-pohon pokok. Secara logik, apa yang tertanam/terpacak di situ dahulu, pokok atau papan tanda? Bagi pengguna yang berpandukan kepada peta, anda pasti sesat kerana sistem papan tanda jalanraya di Malaysia bukan secara berturutan, (maksud: destinasi hanya dipaparkan pada lokasi-lokasi yang dirasakan sesuai sahaja).


Mungkin perihal-perihal di atas antara faktor penyumbang kepada kadar kemalangan jalanraya di Malaysia, siapa tahu.

Tetapi....


Kerajaan Malaysia, kamu perlu tahu.

20080606

Tiga seringgit.

Ok, harga minyak dah naik. Semua dah tahu.

Satu perkara yang tidak semua orang tahu, mengapa apabila timbulnya berita sebegini yang berkait dengan kenaikan harga minyak dan barangan runcit, masyarakat akan cepat panik dan tergesa untuk menyelamatkan diri. Ya, perkara yang melibatkan wang ringgit tidak seharusnya dipandang remeh, namun begitu jua dengan kesan dari perilaku (panik) itu.

Mengapa perlu berpusu-pusu ke stesyen minyak semata-mata untuk membeli minyak dengan harga sebelum kenaikan? Adakah minyak yang dibeli mampu bertahan sehingga 20 tahun di dalam tangki kenderaan anda? Berebut-rebut sehingga terjadinya barisan yang panjang untuk masuk ke stesyen minyak sehingga mengakibatkan kesesakan jalanraya yang tidak normal kepada pengguna lain (yang juga sedia maklum tentang berita kenaikan harga)?


Apa sebenarnya niat anda, wahai orang-orang yang panik?

Anda hanya membantu memburukkan keadaan semalam.

20080602

Awas! Otak sempit di hadapan

*Apabila marah, manusia cenderung untuk melakukan sesuatu yang dirasakan mampu menyelesaikan segalanya

*Apabila sedih, manusia berusaha mengumpulkan segala kekuatan memori dan fizikal untuk mengharunginya

*Apabila tenteram, manusia sekerasnya untuk kekal dibuainya

*Apabila ghairah, manusia gelojoh untuk mencapai kehendaknya

*Apabila irihati, akal ditolak ketepi, hati mula beraksi


Hanya kewarasan/kematangan akal dan pengalaman yang membezakan antara kita semua.


Proses hidup, memang begini beb.

Lalalala...

20080527

Walaupun semuanya serba tidak kena, namun kami masih ceria, seperti biasa

Sejak beberapa minggu yang lepas, aku secara serius semakin seronok dan ghairah dalam 'menilik' masa depan dan menetapkan satu kelas tersendiri untuk menjustifikasikan kejayaan. Keseronokan aku juga sebenarnya berlaku kepada beberapa rakan rapat aku, yang sedar keseronokan ini tidak boleh dilewatkan perlaksaannya. Kami bimbang, kealpaan mampu membunuh segala kecekalan darah muda ini untuk menentang kehidupan. Leka tanpa waspada hanya mengundang kekecewaan tanpa jasad untuk satu jangka masa yang panjang.

Ok, biarkannya diselesaikan oleh aku dan rakan-rakanku.

Aku baru-baru ini juga sempat bersama menikmati kejayaan(berdasarkan justifikasi masing-masing) yang telah dikecapi oleh beberapa individu sekelilingku. Walaupun kami berbeza akal dari segi kelas kejayaan, namun bagi aku, mereka membuktikan bahawa muda bukan beerti mentah dan tidak mampu memimpin hidup. Persetankan segala pemikiran negatif luaran yang hanya mampu meludah racun kata yang ampuh.


Kehidupan ini, memerlukan satu atau mungkin lebih orgasm untuk meletakkan diri kita pada satu kelas yang tertentu. Bukan kelas atasan atau pertengahan yang tergambar di dalam benak akal kamu. Itu jauh sekali terpesong. Kelas yang aku maksudkan adalah kelas tentang kualitinya perjalanan/cabaran/progresif hidup kita. Orgasm mampu menjanakan lagi semangat untuk melebarkan kejayaan anda pada tahap yang tertinggi.

Bagaimana untuk mencari/mencipta/menetapkan kejayaan, itu terpulang pada diri sendiri, namun bagi aku, ada dua perkara yang akan menjadi persamaan kepada semua.


Setiap kejayaan tidak akan wujud tanpa adanya angan-angan/imaginasi.


Setiap kejayaan hanya akan bermula apabila adanya kegagalan.


Aku masih lagi gagal dan jauh untuk mengecapi kejayaan. Tidak mengapa, kerana kegagalan aku lebih bernilai dari kejayaan-kejayaan kamu.

20080523

Concealer Hari Minggu

Kebiasaannya, hujung minggu akan berakhir dengan kejayaan menghabiskan satu hari suntuk dengan pelbagai aktiviti sama ada normal atau tidak, spontan atau terancang.

Tetapi sekiranya,

Kamu buntu untuk memulakan hujung minggu, tersekat dan terpinga-pinga, ada beberapa gerak langkah yang mungkin boleh membantu.


*******

-hantar sms secara rawak kepada beberapa orang , sebegini :- ehh gile cun sial idea/plan tu, jom lah aku tak sabar ni. Pasti ada yang membalas.

-cuba pergi ke tempat-tempat yang selalu dikunjungi atau menjadi mes lepak rakan-rakan. Sekiranya terserempak, serta merta berkata "Damn, what a coincidence!". Terus sertai mereka.

-
beli 10 dvd filem yang terdiri dari 5 dvd genre kegemaran dan 5 dvd bukan genre kegemaran. Tonton yang bukan genre kegemaran dahulu.

-buat lawatan tak diundang ke rumah rakan. Bawa baju kotor dan beri alasan kepadanya "sorry lah, washing machine aku rosak, nak hantar laundry takut tak sempat siap, esok nak pakai." Beberapa jam sudah di dalam tangan.


*******

Jika kamu pernah mencuba seperti di atas, tolonglah buat/perbaiki sesuatu dengan hidup kamu. Belum terlambat.

Nah, sedikit jalan keluar untuk kamu yang tersekat pada hujung minggu ini.



Rumit itu Simple #2


"Kadang-kala, jalan terakhir untuk menunjukan keprihatinan adalah dengan mencurahkan sedikit kekerasan."

20080513

Siri Sakit Otak # 1

Rumit itu Simple #1

Ingat ini.


"The only good man is a dead man"


Rumit?

20080511

Kadangkala aku terfikir akan kamu lebih bergema daripada bunyi-bunyian di sekelilingku ini

Beberapa tahun lepas, ketika aku berusaha menyiapkan kajian seni di dalam studio, datang seorang rakan yang cuba membunuh masa terluangnya dengan melengahkan kerja aku. Kebiasaannya, dia akan datang bersama helaian sketches-nya, meminta aku membantunya merobohkan blok halangan idea. Seperti biasa juga aku, hanya akan berkata,

"Apa sebenarnya yang kau nak buat "

atau

"Betul ke ini kau?"

Tanpa menjawab, serta-merta soalan aku itu akan menjadi gerak kerja/tangga/tali untuk melepasi blok halangan ideanya. Situasi ini juga berlaku kepada aku, dan soalan yang sama akan terpacul dari mulutnya. Beruntung mempunyai rakan yang faham dan tahu apa perlu dibuat ketika diperlukan, mujurlah tidak menjadi seorang yang prejudis dan membuat keputusan/penilaian melulu berdasarkan aduan lisan.



Tetapi hari itu, tidak seperti biasa.


Dia datang, tidak mengusung sketches, tetapi di tangan kanannya memegang sebatang rokok manakala tangan kiri memegang sebatang marker hitam. Dia duduk di hujung port aku sambil menyedut dan menghembuskan asap. Aku biarkan sahaja karenahnya, lambat laun pasti dia akan menghampiri aku. Tiba-tiba dia dia bersuara,

"Kau nak jadi apa nanti?"


"Nak jadi apa?"


"Yelah, bila dah keluar dari bilik ini, universiti ini, kau nak jadi apa?"


"Hmm, aku nak jadi aku lah"


"Yelah, itu aku dah tahu, spesifik la sket"


"Hmm, aku nak jadi manusia yang berfungsi pada masa dan tempat yang betul, bukan semata-mata kerana kepentingan lain, kot......"


Dia terus mengacukan marker ke arahku


"Kau jangan jadi macam marker ini, hanya dibasahi dakwat apabila dibuka tudung dan diletakkan pada permukaan. Itu boneka!"


Kemudian dia mengacukan rokok pula ke arahku


"Biar jadi macam rokok ini, apabila dibakar terus bebas bernyala dan berasap biarpun tidak disedut. Tiada sekatan"


"Owh ok. Kalau camtu bak meh rokok kau tu biar ia bernyala dan berasap kat bibir aku plak"


20080510

Membenarkan segalanya.

Satu perkara yang telah lama aku ketahui, dan pagi ini sememangnya menjadi kenyataan.

Seteruk mana pun (yang mampu ditafsir akal) sesorang perempuan itu, dia tetap tidak bersalah dan sememangnya perilaku/kehendak/impian mereka adalah benar belaka. Jangan ditegur kesilapan mereka, tetapi anguk bersetuju lebih afdal.

Tiada sekatan mahupun bangkangan. Jangan sama sekali.

Haha lelaki...

20080430

Tingkat 7

Setiap hari, apabila aku akan pulang ke rumah, satu perkara yang aku berharap agar tidak terjadi adalah wujud perasaan kurang selesa ketika di dalam lif.

Memang akan kurang selesa apabila ada manusia yang bijaksana lagi prihatin menggunakan telefon bimbit di dalam lif dan bercakap dengan nada yang tinggi. Kepandaian akan lebih teserlah apabila talian yang hampir terputus, memaksa individu itu mengulangi percakapannya berpuluh kali.


"Kepada bangang-bangang sekalian, tolonglah jangan jadi bangang selama-lamanya"



Seringkali, jika situasi ini berlaku, senang sahaja respon aku. Keluarkan sebatang rokok, nyalakan.


Atau boleh cuba cara ini

20080429

Anti tesis Identiti Seni Malaysia



Bagaimana sebenarnya karya seni yang berunsurkan/mencerminkan budaya, bangsa, dan agama?

Apa yang menjustifikasikan sesuatu karya seni itu berada pada tetapan kelompok (di atas)?

Hairan mengapa sesetengah pihak masih menekankan aspek ini kepada pengiat seni muda yang sedang menentukan hala tuju dan prinisipal diri di dalam hal ehwal seni.

Mengapa perlu merumitkan sesuatu perkara yang boleh dimudahkan. Adakah cuba untuk menunjukkan bahawa anda seorang yang serius memikirkan hala tuju seni negara dan bangsa? Ingin memperlihatkan kepada para pengiat muda bahawa anda sedang memikul satu amanah besar lagi mulia?

Bagi aku, karya seni anda juga langsung tidak mencerminkan bangsa, negara dan agama. Sekadar mempunyai perihal subjek yang berkaitan dengan ketiga-tiga nilai itu, bagi aku ia hanyalah satu jalan pintas yang memalukan. Lebih memalukan kerana ianya dilakukan oleh individu-individu yang kononnya adalah pengemudi dan pengerak senario seni tempatan.

Haih.

Prinsip yang aku pegang selama aku berkecimpung di dalam bidang seni (visual, muzik, dsb) ialah, setiap produk yang dihasilkan, sekeras manapun penggayaan dan konsep yang berpaksikan barat, sekiranya ianya dihasilkan oleh - contoh- seorang rakyat Malaysia, berbangsa Melayu dan beragama Islam, ia sudah cukup untuk menjadi satu lambang identiti. Kriteria ini sudah cukup jelas dan muktamad.

Tidak pernah terlintas di benak pemikiran agung anda yang kewujudan satu idea, tetapi pada dua tempat yang berlainan?

dan,

Impak sesuatu idea asal dan pengaruhnya mampu mencorakkan kepada suatu idea yang lebih baru?

Produk pengiat ini jika dianalisis memang sebahagian besar dipengaruhi Jackson Pollock, namun kesan pengaruh itu berjaya mencorakkan identitinya, langkah demi langkah. Ini adalah normal bagi perilaku manusia. Jika dianalisis lebih terperinci, perkembangan kehidupan seharian kita juga dipengaruhi oleh unsur dan puncakuasa yang kita pilih.

Apa yang dapat aku rumuskan, anda sebenarnya gusar sekiranya pengiat-pengiat muda seni tempatan mampu mengancam kredibiliti anda sebagai pengiat seni yang agung(kononnya). Mengapa perlu untuk merumitkan dan mengaburkan hala tuju pengiat-pengiat muda?

Bersainglah idea dan konsep secara sihat.

Ada berani?

20080428

Gerenti sebak




Kepada yang sedang dilamun kenangan lampau, nah aku hadiahkan lagu ini kepada kamu.

Tengah sebak/syahdu?

Alahai...

20080427

Hujung Minggu


Hujung minggu dengan keadaan cuaca yang tenteram dan aman, dikelilingi individu-individu yang waras dan sesuai, akan bertambah sempurna dengan berkumandangnya lagu ini.


Broken Social Scene - Lover's Spit

All these people drinking lover's spit
They sit around and clean their face with it
And they listen to teeth to learn how to quit
tied to a night they never met

You know it's time
that we grow old and do some shit
I like it all that way

All these people drinking lover's spit
Swallowing words while giving head
They listen to teeth to learn how to quit
tied to a night they never met

You know it's time
that we grow old and do some shit
I like it all that way

Salah satu faktor mengapa anda tidak harus berdiet





Terliur-kan?......



20080426

Permukaan



Kadang-kala, sesuatu perkara yang telah menjadi kepastian dan keselesaan kepada semua, belum mampu menjadi satu kebenaran mutlak yang harus di terima secara langsung.

Apalagi, tapis dahulu, wahai kamu.

20080422

Lebuhraya ke China

Beberapa ketika sehinga kini, perihal ini memang menjadi keutamaan kepada semua, media mahupun individu. Tiada yang terlepas dari membicarakan, berdebat, mendirikan pendapat dan melantangkan keresahan. Menarik melihat respons masing-masing.

Aku berpeluang bertanyakan pendapat beberapa rakanku, berbangsa Melayu yang memberikan respons yang waras, logik, berperikemanusian dan sesuai. Mungkin sekiranya perihal ini diwartakan kepada kami 10 tahun lepas, aku percaya respons-nya berbeza dari sekarang. Tapi itu jikalau 10 tahun lepas...

Semua pihak sedar, situasi perihal ini boleh menjadi bertambah buruk dengan wujudnya pengaruh dari pihak yang cuba mencorakkan perihal ini kepada satu bentuk yang tidak akan disenangi oleh kumpulan majoriti. Kata kunci kepada pencorakkannya amat mudah

Sensitiviti.

Namun aku tidak merasakan sensitiviti itu sendiri diambil kira secara keseluruhan di dalam perihal ini. Sekiranya ia adalah dalam perilaku keseluruhan, respons yang telah wujud hingga kini tidak sepatutnya begitu. Respons yang dinyatakan dalam sumber yang paling mudah untuk diakses oleh kumpulan majoriti, kesemuanya tidak mengambil kira isu sensiviti secara mutlak.
Mengapa menidakkan hak kumpulan minoriti? Mengapa perlu bersikap mementingkan diri sendiri sedangkan secara terang-terangan akan merugikan negara.

Sekali lagi, kebanyakkan pihak sedar, pihak yang mencuba untuk mencorakkan situasi perihal ini adalah pihak yang sedang luka, tenat kelak mampu lumpuh. Pihak yang akan mencuba apa sahaja, untuk mememenangi pemikiran kumpulan majoriti itu.

Apa sahaja boleh berlaku tentang masa depan perihal ini. Aku mengharapkan yang terbaik dan praktikal bagi kesemua pihak, jalan penyelesaiannya.

Oh ya, menyentuh tentang sensiviti, aku menyarankan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka supaya memperingati pihak-pihak yang berkenaan, supaya menggunakan perkataan khinzir pada sebarang sebaran umum yang berkaitan perihal ini. Ini jua baru boleh dikatakan menjaga sensitiviti kesemua pihak.

Babi sudah tidak relevan.

20080318

Merokok Membahayakan Kandungan Dompet Anda

Seorang individu yang sangat rapat dengan aku bercerita perihal aku yang kuat merokok kepada rakan-rakannya, dengan harapan semoga ada sebarang jalan keluar untuk mengurangkan perilaku merokok aku. Oh ya, individu itu(aku namakan dia A) juga seorang perokok, cuma kuantiti batang dan semangatnya merokok jauh rendah berbanding aku. Seringkali juga rokoknya menjadi sasaran aku apabila kotak aku kosong di kala tengah pagi, di waktu yang amat malas untuk turun berjalan ke kedai. Apakan daya, kehendak setiap manusia berbeza-beza.

Sambung cerita..

Tiba-tiba seorang rakan A bertanya kepadanya tentang aku..

Rakan A - "Dia tu baru pindah keluar dari rumah keluarga dia ka?

A - "Kenapa?

Rakan A - "Bukan apa, selalunya orang yang baru dapat merasa duduk sendiri, bebas dari keluarga nie, memang kuat merokok. Maklumlah, tak perlu merokok sembunyi-sembunyi dah".



Terima kasih kerana mencuba membuat penilaian.
Hampir 10 tahun aku tinggal berasingan dengan keluarga mungkin dirasakan belum cukup lama.



Termenung sejenak,..




Dialog Orang Pejabat

Semalam, Human Resource Exec. di tempat kerja aku dengan pelbagai alasannya menjawab mengapa gaji dept. aku yang telah lewat 3 hari. Ini antara alasan tidak professional dia.

"U all hantar report and timesheet lambat"

"Director belum sign lagi cheque"

Dan jalan penyelesaian yang dia war-warkan...

"Don't worry, cheque dah siap, paling lewat gaji u all masuk adalah lusa"


Tetapi jalan penyelesaian aku lebih mudah..


"By tommorow morning, kalau gaji dept. kitaorg tak di bank in juga, i akan suruh semua staf dept. jgn datang dan tinggalkan setup and preparation untuk upcoming event" - ayat aku kepada Marketing Manager.

10 min selepas itu, Director telefon HR.

"Esok u all dapat payment, cash..."


Kan senang begitu..

20080314

punca JANAkuasa mati

Semalam merupakan hari pertama rumah baru aku mempunyai rangkaian jalur lebar secara rasmi dan sah( selama dua bulan yang lepas, status aku lebih kepada menumpang rangkaian jiran). Maklumlah, sewaktu menumpang, tempoh penggunaan tidak dapat dijangka mengakibatkan aku terpaksa melayari ataupun membuat kerja secara kalut ribut. Seringkali sewaktu aku perlu menghantar email, setelah selesai meng-attach dokumen dan hampir pasti mengklik butang 'send', pada ketika itulah juga rangkaian haram aku itu terputus. Kalau menjerit marah, beerti aku meminta untuk di jerkah kembali. Yang terdaya aku lakukan hanyalah menghentak kaki di atas kapet( sebagai isyarat tidak langsung kepada empunya rangkaian).
Huru-hara juga keadaan aku ketika itu.
Aku pula jenis individu yang kurang gemar membuat kerja di kopitiam yang menawarkan perkhidmatan rangkaian percuma atau kawasan yang sewaktu dengannya, kerana aku cenderung untuk berasa rimas dengan keadaan sekelilingnya.


RUMIT.


Mujurlah kini tiada lagi.

20080304

alas kaki yang sesuai untuk orang yang sederhana seperti aku





*pencarian Ringgit Malaysia bermula...

20080125

sedikit sebanyak@banyak sket?

Kewujudan seni tidak wajar dipertikaikan.
Namun kewujudan biar tidak berlebihan kuantiti dan kualiti.
Tandas tidak perlulah mempunyai kunci dari atas pintu hingga ke bawah.
Terutamanya tandas di kelab malam. Buruk padahnya.
Pilihan yang banyak sememangnya baik, tetapi jika kita dilonggokkan dengan pilihan yang banyak tetapi hanya berfungsi kepada satu matlamat yang sama dan serupa.... kemungkinan berlaku proses penyalahgunaan.

Pengunjung yang nazak untuk membuang air kecil, terpaksa pula berdepan dgn pilihan yang pelbagai semata-mata untuk mengunci pintu. Akibat tertekan atau putus asa, ada yang sanggup tidak mengunci atau membiarkan pintu terbuka.
Haha kasihan.


'Art is hard'

Apapun aku suka konsep tandas itu. Lantaklah org lain.

Aku sokong jika pintu tandas kelab itu diubahsuai menggunakan zip macam zip seluar.

20080112

Bayang-bayang di Pagi yang Tiada Gelap, Tiada Cerah.

Kebelakangan ini, aku semakin kerap terjaga dari tidur dalam keadaan yang sangat ribut. Ribut cemas, paranoid secara serta-merta. Seolah-olah aku hidup dikelilingi oleh kepura-puraan perasaan manusia. Dikelilingi oleh ketidakpastian individu-individu terhadap masadepan dan masalampau mereka.

Aku ingin sama sekali menipu diri dengan mengatakan situasi ini tidak berlaku, sama seperti mereka menafikan kekeliruan/ketidakpastian yang berlaku.


Pejam mata dan cuba sambung tidur kembali.

Gagal aku. Benci!...


Mengapa situasi ini perlu berulang berlaku dalam proses hidup manusia. Alangkah enak jika hanya sekali seumur hidup. Bukankah mudah dan tidak memeningkan akal. Itu perspektif penyelesaian aku, tetapi kewujudannya sangat mustahilnya. Sudah serik rasanya akal aku membicarakan/menjelaskan situasi ini kepadaku, dan jika ia mampu bersuara, mati aku diherdiknya.

Bayangkan otak mempunyai mulut……


Memang aku mencuba membasmi situasi kekeliruan sekeliling dengan memberikan sepenuh dedikasi, tanggungjawab. Kadangkala gerak kerja yang wujud tampak sangat aggresif, mutlak mahupun rejim kepada mereka yang berkenaan. Harus diakui, jalan keluar dalam apa jua masalah/situasi, tidak semudah seperti yang diinginkan. Tiada juga jalan pintas. Tiada. Akibatnya mereka dengan lantang menentang gerak kerja itu, dengan alasan dan tindakbalas yang pelbagai.


Pejam mata sekali lagi.

Gelap tidak beerti aku sudah mampu tidur.


Alangkah enak sekiranya hati mempunyai sepasang mata…..
Bayangkan…..

20080103

Entri Membuang Kawan, Mencari Lawan.(Kononnya)

Semenjak dari petang tadi, aku berusaha gigih untuk memperihalkan/merumuskan, bahkan lebih enak, untuk membungkuskan harapan, kenangan, keupayaan yang telah wujud dan terpancut keluar dalam tahun 2007 ke dalam satu entri yang ringkas dan tidak menjelikkan pelbagai pihak yang mengenali/mendekati/memahami aku. Entri yang lebih mesra masyarakat bukanlah menjadi kegemaran aku. Mengapa perlu menjaga perihal perasaan unsur luar secara tersurat? Bukankah lebih baik sekiranya sesuatu catatan itu penuh dengan kritikan benar, tetapi tersirat penuh dengan harapan dan nilai tanggungjawab untuk mengubah sesuatu perkara/perilaku yang konkrit/sebati pada diri mahupun individu lain.

Terus-terang aku katakan, aku seorang yang penuh dengan unsur sinikal ketika berborak, terutamanya ketika membicarakan perihal perilaku (individu-individu rapat) yang negatif atau tidak enak pada taraf piawaian pemahaman aku. Bagi aku, tiada masa kini untuk berbicara secara lembut ("perlahan-lahan kayuh nak") agar lama-kelamaan meresap di akal. Mengapa perlu untuk menunggu sehingga satu tempoh masa yang (semestinya) panjang untuk membenarkan perubahan. Membiarkan perubahan mengambil masa yang panjang, beerti bakal membenarkan insiden-insiden yang tidak di ingini terjadi.

Tidak percaya?

Persetankan sama ada kamu percaya atau tidak. Jikalau insiden-insiden yang tidak diingini berlaku hasil dari kedegilan kamu untuk berubah, mudah saja jalan penyelesaiannya, aku berikan. Cuba ini, bayangkan pada satu dinding putih yang luas, terpampang teks di bawah...



APAKAN DAYA, AMIK UBAT! JAWAB PELAN-PELAN.




Proses hidup memang rumit, bukankah begitu wahai sahabatku?


Pergi jauh-jauh 2007, anda sudah sampai tarikh luput.

20080102

Perabot

Untuk seketika ini, aku agak ribut aku memikirkan tentang kelengkapan sekeliling, kehendak peribadi dan individu terdekat. Menyediakan segala yang di idam dalam tempoh masa yang cepat, adalah sungguh mustahil, perit dan mencabar.

Padan muka aku!

Baru-baru ini aku mengemaskini senarai perkara dan benda yang perlu di wujudkan dan diperolehi. Dari perkiraan aku, sampai hujung 2008 pun belum tentu aku mampu melengkapkan kesemuanya. (jika ada warga emas yang membaca ini, tentu dengan senada akan berkata "perlahan-lahan kayuh nak")

Bukan itu yang aku gusarkan, persetankan tempoh yang perlu aku tempuhi.

Yang semakin aku rungsingkan adalah, mengapa, mengapa dan mengapa kehendak diri sering wujud pada ketika yang tidak sesuai (contoh yang berbeza tetapi sealiran untuk situasi ini: anda perlu membuang air besar ketika sedang beratur untuk membeli tiket wayang tayangan lewat malam yang hampir 'sold out'). Isu wujud pada ketika yang tidak sesuai ini, dengan lebih jelasnya ialah, kuantiti kehendak itu wujud secara besar jumlahnya pada ketika kemampuan diri hanya sekadar pada satu kehendak pada satu masa. Apabila dinilaikan kepentingan kehendak-kehendak tersebut yang perlu untuk didahulukan, aku semakin terdesak membuat keputusan.

Dan, apabila aku terdesak dan buntu membuat keputusan, kemungkinan besar akan wujud serangan-serangan keluhan dan rungutan terhadap individu terdekat aku, yang akan berlarutan kepada ketegangan dalam konteks perhubungan. Ini yang tidak menarik. Sama sekali tidak.


Malam ini, aku akan mencuba lagi, melayan kehendak diri. Laungkan kata-kata semangat kepada aku, dan demikian juga aku, kepada anda. Siapa tahu, mungkin kita sama-sama memerlukannya pada ketika ini.

Azam Berkumandang di Tahun Baru

Sekiranya kita diberi satu peluang untuk kembali ke masa lampau untuk memperbetulkan apa-apa sahaja yang dirasakan salah, kurang menarik dan silap di dalam kehidupan kita... aku mengagak hampir kesemua pasti akan terlonjak girang untuk merebut peluang tersebut.

Mujurlah Tuhan tidak sebodoh itu untuk memberikan sewenang-wenangnya kenikmatan itu kepada kita. Jikalau iya diberikan, tak tercapai akal aku untuk membayangkan perilaku manusia dan keadaan dunia. Adakah keamanan dan kesejahteraan mendominasi kehidupan atau kesempurnaan kehendak diri manusia yang bakal menerajui akal pemikiran dan gerak laku masing-masing.

Hmmm, ngeri!

Ini yang membuatkan aku tidak berminat langsung untuk menyambut tahun baru. Manusia mencipta sendiri peluang yang tidak diberikan oleh Tuhan itu, dan menamakannya azam. Dengan munculnya tahun baru setelah cukup 365hari, manusia telah diajar untuk menyediakan satu azam baru, dan kriteria azam itu seboleh-bolehnya adalah untuk memperbaiki apa yang kurang sesuai, tidak enak pada tahun sebelumnya. Sangat menjengkelkan sekiranya azam itu hanya datang ketika kita hampir sampai ke penghujung tahun. Lebih menjengkelkan sekiranya azam itu dihebahkan kepada org lain, seolah-olah individu tersebut ingin membuktikan bahawa dia telah berjaya mengenalpasti suatu yang tidak enak, kurang sesuai pada sekitar hidup dan gerak kerja nya. Minta maaf ya, ini bukan peraduan mencari benda yang hilang seperti di dalam surat khabar.

Dengan tidak meletakkan azam pada sesuatu faktor, bidang atau pusat gerak kerja, anda sebenarnya berpotensi untuk menaiktaraf kesemua perkara yang bersangkut paut pada diri masing-masing tanpa ada unsur pilih kasih. Dengan tidak menghebahkan azam itu, anda mampu mengawal peningkatan taraf dengan lebih seimbang.


Mujurlah kita tidak hanya bermimpi pada tahun baru sahaja. Bayangkan sekiranya setiap malam ketika tidur, kita akan berazam, ianya amat ngeri.


Catatan ini adalah merupakan gerak kerja azam aku untuk tidak menyambut perayaan tahun baru.

Hmmm..

20071228

Siren Si Pemandu Teksi

21hb Disember 2007, 5 petang, Jalan Pudu.

---------------------------------------------------------

Sejak akhir ini, skop kerja aku dibesarkan kepada tugasan yang aku rasakan ada sedikit tidak kena pada waktunya. Menyelesaikan dua tugasan yang berbeza bidang pada tempoh yang hampir sama adalah sangat merumitkan. Aku tidak berniat merungut tentang beban yang di hadapi, halalkan sahaja kerana pengalamannya sangat bernilai. Perkara yang aku kesalkan adalah, aku perlu berada di dua tempat berlainan demi untuk menyiapkan keseluruhan tugasan. Membuat kerja yang sepatutnya di lakukan oleh Purchasing Officer adalah bukan tugasan yang digemari oleh Jabatan aku, apabila ianya melibatkan urusan dengan wang tunai.

Amat bahaya, seolah-olah terpaksa bertarung dengan naga, tetapi hanya bersenjatakan tapak tangan dan ketajaman akal. Segala urusniaga yang berlaku akan diselidiki dengan teliti demi memastikan tiada berlaku sessi pecah amanah dikalangan pekerja.

Keluhan perihal kerja selesai.

Ketika aku bersama dengan dua rakan sekerja di dalam van syarikat yang sedang khusyuk terperangkap di dalam kesesakan lalulintas di Jalan Pudu, tiba-tiba siren ambulan secara mendadak menjerit meminta laluan. Situasi yang sering berlaku ketika kesesakan jalan raya, tetapi kali ini, agak unik, memerlukan jalan penyelesaian yang agak spontan. Jalan yang padat dengan kenderaan, di tambah dengan kepandaian pemandu-pemandu bodoh yang meletak kenderaan di bahu jalan adalah merupakan bonus kepada situasi ini. Secara logik, bagaimana mahu memberikan laluan di dalam lorong yang sempit. Aku menurunkan tingkap untuk melihat situasi ambulan itu, yang tersekat di belakang sebuah bas. Sebuah teksi berada di hadapan bas.

Aku menunggu sinis kelibat polis trafik atau polis peronda untuk datang mengawal keadaan. Keadaan masih sama untuk beberapa minit. Tiada laluan untuk diberikan. Hairan memandangkan sistem lalulintas terutamanya di Kuala Lumpur dipantau melalui kamera, tetapi seolah tiada sebarang pihak yang mengetahui misi sukar ambulan tersebut.
Melihatkan situasi semakin buntu penyelesaian, pemandu teksi yang berada di hadapan bas keluar, cuba untuk memberikan penyelesaian kepada ambulan, dan aku kagum dengan keupayaannya mengarah dan mengawal kenderaan-kenderaan supaya memberi laluan. Dia meninggalkan teksi yang dipenuhi penumpang, bergerak sejauh 100meter semata-mata meminta kenderaan membuka laluan. Walaupun tidak mengenali aku, dia dengan selamba meminta aku memandu teksinya agar tidak menghalang laluan ambulan. Satu gerak kerja yang cukup ganjil oleh seorang pemandu teksi, untuk membenarkan orang asing memandu teksinya. Aku dan rakanku terpingga.

Jalan penyelesaian dicapai melalui kesedaran seorang pemandu teksi. Aku berbangga dengan kesedarannya, dan sepanjang perjalanan pulang aku tersenyum mengenangkan betapa bernasib baiknya kita masih dikelilingi insan yang tampan tanggungjawab.

Mujurlah siren itu bukannya datang dari polis trafik yang mengiringi kerabat diraja.

Percaya itu Putih, Percaya itu Hitam

Seringkali berlaku konflik atau ketegangan kepada proses hidup manusia apabila tiba ketika yang memerlukan individu terbabit membuat sesuatu perubahan, yang dirasakan kurang selesa dan sesuai dengan sistem kehendak diri. Konflik yang timbul adalah merupakan pertembungan antara kehendak untuk menentang dan kehendak untuk mengakui perubahan.

Harus diakui, kehendak/keupayaan untuk menentang adalah lebih mudah untuk disalurkan/diluahkan/dikerjakan berbanding untuk mengakui. Ini kerana, rangsangan-rangsangan untuk menentang adalah lebih mudah untuk dicapai dan disalurkan kepada akal. Rangsangan ini wujud dari pemerhatian, pemahaman dan pengalaman yang termampu diperolehi dan diproses berdasarkan tahap keupayaan manusia. Keadaan ini amat berbeza sekiranya individu terbabit memerlukan rangsangan untuk mengakui, kerana ia memerlukan keupayaan yang berkali ganda dari aspek pemerhatian, pemahaman dan pengalaman individu terbabit, dan memerlukan rangsangan secara imaginatif mahupun rasional oleh individu, dan ternyata proses ini adalah amat sukar.

Dengan menentang perubahan, individu berupaya mengekalkan sistem kehendak diri yang sudah kukuh di dalam akal dan tidak perlu mengubah bentuk perilaku yang dikerjakan selama ini. Perubahan yang ditentang kebiasaannya diberikan alasan bahawa sekiranya diakui, maka sistem kehendak diri tidak lagi mengikut keselesaan, tetapi berubah menjadi satu sistem kehendak diri yang palsu.

Apabila mengakui perubahan, individu telah membuat satu tindakbalas yang besar dan berani. Namun apabila tiba pada tahap perlaksaanan,perubahan yang diakui akan dipersoalkan samaada ianya adalah secara mutlak datang dari sistem kehendak diri ataupun semata-mata kerana wujudnya paksaan terhadap perlaksaanan atau untuk menyenangkan pihak lain dan sebagainya. Pada tahap ini, perubahan yang diakui juga akan dianggap sebagai sistem kehendak diri yang palsu.

Oleh itu, jalankan tindakbalas anda terhadap perubahan yang dihadapi dengan hati yang lapang dan dada yang tidak tersekat.

Tiada siapa akan peduli. Jangan digusarkan .

Ini adalah proses hidup masing-masing.

20071120

zon bebas had laju

Sekiranya anda seorang pemandu spt aku,
anggukan tanda setuju adalah yang aku harapkan..
sgt mengharap..


*Kes Pertama
Keadaan trafik di Federal dari arah Kuala Lumpur menuju ke Bangsar dsb. Sebelum anda sampai di susur masuk ke cheras dan jln kelang lama, anda perlu bersusah payah menempuh kesesakan beratus-ratus meter disebabkan oleh.....ermm oleh apa?

OLEH KEPANDAIAN PEMANDU-PEMANDU BAS YANG MEMBERHENTIKAN BAS SESUKA HATI. Wahai kaum pemandu bas sekalian, cubalah memandu secara tampan akal, bukan tampan perasaan. Mengapa anda perlu membuat kami mengasihani ketidakupayaan berfikir anda, wahai pemandu-pemandu bas.


*Kes Kedua
Pemandu-pemandu(lihat: wanita berkarier yang tiada handsfree yang sedang bergayut, abg yang baru putus tunang, pasangan kekasih yang memasuki minggu kedua bercinta, penghirup udara petang Kuala Lumpur dgn menaiki kereta mewah)yang gemar memasuki lorong kanan setelah terperangkap didalam kesesakan, namun memandu secara tenteram dan harmoni tidak melebihi 60km sejam.

Apa yang cuba para pemandu ini dibuktikan??
Mengapa perlu membiarkan pemandu di belakang anda bersenam kedua-dua belah kakinya setiap saat disebabkan kelajuan anda????

Tolonglah sedar bahawa lorong paling kanan bukanlah lorong yang paling mulia atau lorong untuk org yang berakhlak/bermoral, dan lorong kiri bukanlah lorong ke neraka atau lorong bagi pengikut syaitan.




Mengapalah hobi aku memandu kereta.......

20070921

plastik

Aku, sehingga kini masih tertanya-tanya,

Bagaimana kita, iaitu manusia yang berakal dan beremosi, berunding dengan kenangan.

Kenangan yang terbina secara manis mahupun pahit.

Setiap individu berunding dengan cara tersendiri, dalam tempoh yang berbeza.

Kepada yang telah berjaya, helaan nafas lega mungkin satu-satunya perilaku untuk mengambarkan penat-lelah anda.


Yakin dengan kejayaan anda??


Bagaimana sekiranya kenangan itu secara spontannya muncul, pada ketika kita di dalam keadaan tenteram/tidak bersedia. Ianya muncul apabila ada unsur luar( rakan, keluarga, rakan pejabat, dan sebagainya) membuat sesuatu yang seakan-akan seiras dengan kenangan yang telah berjaya kita surutkan.


Bahagian ini yang membuat aku tertanya-tanya..


Apa dan bagaimana tindakbalas anda terhadapnya…….??

Serta merta melayani kenangan tersebut sekerasnya?

Cuba menghadang kenangan meluas dari sempadannya?

Atau

Berpura-pura………………..????


Berpura-pura terhadap pasca kenangan dengan menyatakan secara terbuka bahawa anda tidak terjejas, fizikal mahupun emosi. SEBALIKNYA, di dalam fakulti perasaan anda, peristiwa tersebut benar-benar menjatuhkan blok batu kenangan lampau. Ini membuatkan anda sayu/hiba/sedih/pilu.


Merasa tersekat?


Tersekat samada untuk menghargai peristiwa yang dijana oleh unsur baru ATAU menjarakkan diri dari terlibat dengan peristiwa itu.


Mujurlah hanya manusia yang berpeluang merasai fenomena ini.

20070920

selamatkan bulan berpuasa

kelihatan cukup panjang masa yang telah aku ambil di dalam merehatkan ruang ini.
bukannya tiada masa, cuma tiada daya untuk melangkah.
harapan, ucapan ini adalah pembuka ruang kembali.

"selamatkan bulan berpuasa anda"
eXTReMe Tracker